Pemutihan warga asing: SPRM tahan 11 termasuk pegawai dan pesara agensi penguat kuasa

Susulan tangkapan tersebut, SPRM turut menyita wang tunai berjumlah lebih RM116,000, 14 unit peranti telekomunikasi, barang kemas dan kepingan emas, tiga kereta serta dua motosikal. - Gambar fail/Astro AWANI
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 11 individu termasuk 10 pegawai serta seorang pesara agensi penguat kuasa, kerana disyaki terbabit dalam kegiatan rasuah bagi mempercepatkan proses permohonan program pemutihan pendatang asing menerusi Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK).
Ringkasan AI
- SPRM menahan 11 individu, termasuk pegawai dan pesara agensi penguat kuasa, disyaki terlibat dalam rasuah bagi mempercepatkan permohonan program pemutihan pendatang asing menerusi Program RTK.
- Suspek dipercayai menerima rasuah untuk mempercepatkan kelulusan permohonan pendatang asing di bawah program RTK.
- Dalam operasi Ops Bleach, SPRM menyita wang tunai RM116,000, peranti telekomunikasi, barang kemas, kereta, dan motosikal, sambil menyiasat kes mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
"Operasi ini merupakan tindakan susulan kepada siasatan SPRM terhadap sindiket Counter Setting menerusi Op Rentas dan Op Dygo yang dilaksanakan sebelum ini," kata sumber itu.
Susulan tangkapan tersebut, SPRM turut menyita wang tunai berjumlah lebih RM116,000, 14 unit peranti telekomunikasi, barang kemas dan kepingan emas, tiga kereta serta dua motosikal.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Datuk Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi Bernama, mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok bagi permohonan reman.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


