awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA tumpaskan sindiket pemerdagangan manusia, tahan PATI
FAM ambil alih peranan teknikal NFDP, MSN kekal urus aspek pengurusan
ONE Championship: Tahap berbeza! Rifdean Masdor buat 'Rodtang Indonesia' terlentang dalam pusingan pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PENA anjur Malam Baca Puisi sempena SIBF 2025

Bernama
Bernama
02/12/2025
14:45 MYT
PENA anjur Malam Baca Puisi sempena SIBF 2025
Mohammad Saleeh berkata acara bertemakan "Serumpun Sebudaya" itu bertujuan memperkukuh jalinan persaudaraan serantau melalui bahasa, budaya dan puisi, selain memperkaya pengalaman pengunjung SIBF. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) akan menganjurkan Malam Baca Puisi bersempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2025 pada 6 Dis ini di Pusat Konvensyen Setia City 2, Shah Alam.

Ringkasan AI
  • Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) anjurkan Malam Baca Puisi sempena Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Setia City 2, Shah Alam pada 6 Disember ini.
  • Tema "Serumpun Sebudaya" bertujuan memperkukuh jalinan persaudaraan serantau melalui bahasa, budaya, dan puisi, serta memperkaya pengalaman pengunjung SIBF.
  • Acara dirasmikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dengan penyertaan sasterawan tempatan dan Nusantara seperti Sasterawan Negara Datuk Dr Zurinah Hassan, Marzuki Ali, dan penyair Thailand Zakariya Amataya.

Presiden PENA Dr Mohammad Saleeh Rahamad dalam kenyataan berkata acara bertemakan "Serumpun Sebudaya" itu bertujuan memperkukuh jalinan persaudaraan serantau melalui bahasa, budaya dan puisi, selain memperkaya pengalaman pengunjung SIBF.
"Tema ini dipilih bagi mengangkat kepelbagaian ekspresi budaya serumpun yang meliputi pengalaman, sejarah dan imaginasi masyarakat Nusantara," menurut kenyataan itu.
Malam Baca Puisi itu akan dirasmikan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan turut menampilkan barisan sasterawan tanah air dan Nusantara antaranya Sasterawan Negara Datuk Dr Zurinah Hassan, Marzuki Ali, Marsli N.O, Azmi Ismail, Sani Sudin, Adiwangsa Sukma dan Wani Ardy serta penyair Thailand Zakariya Amataya.
"Ia menggambarkan komitmen kerajaan negeri dalam memartabatkan kegiatan kesusasteraan dan memupuk kecintaan terhadap budaya membaca dalam kalangan masyarakat," katanya.
Acara edisi khas itu dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), Dewan Bahasa dan Pustaka, Perbadanan Kota Buku, Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor serta Pustaka Raja Tun Uda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MOTAC
#Pena
#SIBF
#SUKMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan