awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penagih ditahan, dipercayai sebabkan kebakaran rumah sendiri

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/12/2023
00:00 MYT
Penagih ditahan, dipercayai sebabkan kebakaran rumah sendiri
Hasil siasatan awal di tempat kejadian oleh pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada penghuni rumah itu sendiri.
IPOH: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyebabkan kebakaran rumah yang didiaminya, di Kampung Baru Jelapang, di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, ujian saringan air kencing mendapati lelaki warga tempatan berumur 35 tahun itu positif dadah jenis Methamphetamine.
Menurut Yahaya, sekitar pukul 10.30 pagi semalam, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kebakaran rumah berkenaan.
“Hasil siasatan awal di tempat kejadian oleh pihak polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mendapati kebakaran dipercayai berpunca daripada penghuni rumah itu sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurutnya, suspek dipercayai dengan sengaja membakar wayar di atas lantai bilik tidur lalu merebak ke bahagian tilam dan seterusnya ke seluruhan rumah, sehingga memusnahkan hampir 90 peratus rumah tersebut.
Katanya, anggaran kerugian yang dialami dalam kebakaran itu lebih kurang RM80,000.
Yahaya berkata, semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau kesalahan jenayah dan narkotik.
Menurutnya, suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#penagih dadah
#bakar rumah sendiri
#Kampung Baru Jelapang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan