Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan tindakan pihak berkuasa Sweden menahan pasangan warga Malaysia atas dakwaan mendera anak mereka kerana tidak menunaikan solat, sebagai menindas umat Islam negara itu.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, yang dipetik dari portal berita Rakyat News, perkara tersebut perlu disedari oleh umat-umat Islam di seluruh dunia kerana katanya agenda seperti telah berlarutan sejak dari dahulu lagi.
"Agenda menindaskan umat Islam tersebut sentiasa ada tetapi malangnya orang-orang kita (Umat Islam) dilihat lemah untuk menangani perkara ini.
"Bagi kita yang sedar, ianya sememangnya menimbulkan kemarahan dan kerajaan sepatutnya mengambil tindakan yang tegas dan jika kerajaan tidak mampu melaksanakannya, pengguna Islam perlu bersama bersatu untuk sekurang-kurangnya 'memboikot' barangan mereka," kata beliau semasa demonstrasi penyerahan memorandum kepada Kedutaan Sweden, hari ini.
Jelas Nadzim, tindakan pihak berkuasa Sweden itu memalukan kerana negara tersebut dikatakan sebuah negara yang sangat menekankan hak asasi manusia.
Katanya Sweden merupakan negara pertama yang mengisytiharkan deklarasi hak asasi manusia yang melarang anak dipukul, namun tidak pula menekankan penahanan tanpa bicara sebagai sebahagian dari hak asasi manusia.
Selain itu, beliau turut mempersoalkan tindakan beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) tertentu yang begitu memperjuangkan hak asasi manusia, tetapi tidak turut serta apabila pencerobohan hak tersebut melibatkan umat Islam.
"Mana NGO yang sebelum ini begitu gah memperjuangkan hak asasi manusia dan kenapa apabila ianya melibatkan umat Islam hanya NGO Islam yang dilihat berjuang.
"Ianya terbalik kerana penahanan ini kononnya untuk mencari keadilan tetapi di mana keadilan untuk kanak-kanak apabila tidak dapat berjumpa dengan ibu bapa mereka dan sampai bila mereka akan ditahan," ujarnya.
Dalam demontrasi aman tersebut, sebanyak lapan NGO telah turut serta termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang (PKMK), serta Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS).
Astro Awani
Fri Jan 24 2014
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Antara kemahiran akademik dan insaniah, perlukah kita tiru Jepun?
Timbalan Pengerusi Yayasan Patriot Negara Malaysia Datuk Nadzim Johan berkata, kemahiran insaniah perlu disemai dalam kalangan kanak-kanak lebih dahulu daripada kemahiran akademik.
Tanpa akademik, kemahiran insaniah tidak dapat dikuasai - Freida Pilus
Menurut Freida, anak-anak di sekolah boleh menjadi lebih gembira apabila mereka mencapai kejayaan setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
#TunM93: Disiplin dan semangat jadi faktor penting
Ada yang berkata, kalau dalam usia 50 tahun pun, mereka tidak mampu menanggung walau setengah daripada tanggungjawab Tun Dr Mahathir Mohamad sekarang ini.
PDRM buru '9 Dragons' dipercayai VIP dalangi sindiket perjudian negara
PDRM mendedahkan terdapat dalang dan ketua sindiket perjudian di negara ini terdiri daripada kalangan orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri serta Tan Sri.
KDN minta PPIM serah bukti mengenai sembilan 'Dragon'
KDN minta PPIM mengemukakan bukti dakwaan kegiatan perjudian haram yang didalangi oleh sembilan ketua digelar 'dragon'.
Ada pihak berkeliaran sekitar pusat tahfiz sebelum kebakaran - PPIM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan bahawa ada beberapa pihak berlegar di kawasan premis bersebelahan pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah sebelum kebakaran.