BEAUFORT: Penanam kelapa sawit termasuk pengusaha ladang dan pekebun kecil wajib memenuhi kriteria pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dalam mematuhi pemuliharaan serta perlindungan alam sekitar.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching berkata pensijilan MSPO juga akan memanfaatkan pekebun kecil dari segi pengurusan amalan pertanian yang baik, menambah baik kualiti buah sawit yang akhirnya mampu meningkatkan hasil.
"Kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sedang mempergiat usaha meningkatkan penyertaan pekebun kecil bagi mematuhi prinsip kelestarian pensijilan MSPO," menurutnya dalam kenyataan malam tadi.
Ketika merasmikan program MPSO bagi Pekebun Kecil Sabah dan Pusat Timbang KPSM Beaufort Berhad semalam, beliau berkata bagi tujuan itu, kerajaan telah menyediakan bantuan dalam bentuk insentif berjumlah RM30 juta pada 2019.
Siti Aminah berkata insentif itu adalah bagi menampung kos fi pensijilan MSPO, latihan berkaitan MSPO, penyediaan rak penyimpanan bahan kimia dan peralatan perlindungan diri (PPE).
Ketua Pengarah MPOB Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, yang hadir pada majllis itu, pula berkata sebanyak 29 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) di Sabah membabitkan involving 27,666 pekebun kecil dengan kawasan seluas 175,436 hektar telah menerima pensijilan MSPO.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023
Siti Aminah (tiga, kiri) hadir bagi merasmikan program MPSO bagi Pekebun Kecil Sabah dan Pusat Timbang KPSM Beaufort Berhad di Beaufort semalam. - Foto Kementerian Perladangan dan Komoditi
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Penanam kelapa sawit wajib penuhi kriteria pensijilan MPSO - Siti Aminah
Pekebun kecil akan dapat manfaat dari segi pengurusan amalan pertanian yang baik dan menambah baik kualiti buah sawit.