KUALA LUMPUR: Penarafan keselamatan udara Malaysia yang sebelum ini diturunkan oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS), telah dikembalikan kepada Kategori 1 selepas kesemua 33 isu berbangkit dapat diselesaikan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Beliau berkata isu yang ditimbulkan FAA pada 2019, sejak awal tidak berulang dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) berjaya menyelesaikan 29 daripada isu berkenaan menerusi penilaian kedua FAA pada Disember tahun lepas, iaitu hanya dalam tempoh enam bulan.
"Menjelang pertengahan Julai tahun ini, FAA kembali melakukan penilaian semula dan CAAM telah menyelesaikan semua maklum balas bagi 29 hasil penemuan dan semua pengurusan pelan tindakan pembetulan telah ditamatkan.
"Dua tahun lepas merupakan tempoh penting bagi CAAM kerana keseluruhan organisasi telah disusun semula manakala pelbagai usaha dijalankan untuk mengukuhkan tenaga kerja, dokumentasi dan membangunkan dasar latihan komprehensif untuk pemeriksa," katanya dalam sidang media secara dalam talian hari ini.
Wee kini sedang dalam lawatan rasmi ke ibu pejabat Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) di Montreal, Kanada, tempat beliau bertemu dengan Menteri Pengangkutan dari negara lain untuk membincangkan kerjasama teknikal.
Menurut Wee penarafan keselamatan udara Kategori 1 bermakna pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia mematuhi piawaian keselamatan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
"Dengan penarafan IASA (Penilaian Keselamatan Penerbangan Antarabangsa) Kategori 1, syarikat penerbangan negara boleh menjalankan perkhidmatan ke AS dan membawa kod syarikat penerbangan AS. Untuk mengekalkan penarafan itu, sesebuah negara mesti mematuhi piawaian keselamatan ICAO.
"Sementara itu, penarafan Kategori 2 bermaksud negara berkenaan sama ada tidak mempunyai undang-undang atau peraturan minimum yang diperlukan untuk mengawasi syarikat penerbangan mengikut piawaian antarabangsa, atau pihak berkuasa penerbangan awamnya kekurangan dalam satu atau lebih aspek, seperti kepakaran teknikal, kakitangan terlatih, rekod atau prosedur penyimpanan atau pemeriksaan," katanya.
Pada November 2019, Malaysia telah diberikan Kategori 2 dalam penarafan keselamatan udaranya di bawah program IASA oleh FAA kerana ketidakpatuhan terhadap piawaian keselamatan ICAO.
Hasil penilaian mendapati CAAM mempunyai 58 penemuan secara keseluruhan, 25 daripadanya dapat diselesaikan manakala 33 masih terbuka, yang membawa kepada penurunan taraf keselamatan udara pada tahun tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022

Penarafan keselamatan udara Kategori 1 bermakna pihak berkuasa penerbangan awam Malaysia mematuhi piawaian keselamatan ICAO.

Azeem Fahmi buru catatan bawah 10.20s
Pelari sensasi olahraga negara, Muhammad Azeem Fahmi, menyasarkan larian di bawah catatan 10.20 saat pada penampilan pertamanya saingan 100 meter sejak berguru di Amerika Syarikat empat bulan lalu.

Perak cadang peniaga beri diskaun galak pengguna bawa bekas makanan sendiri di bazar Ramadan
Kerajaan Negeri Perak mencadangkan peniaga menawarkan harga diskaun kepada pembeli yang membawa bekas makanan sendiri ketika membeli juadah.

'Cahaya Ramadan' di Piccadilly Circus London
Perhiasan lampu terangi Piccadilly Circus London buat kali pertama.

AWANI Ringkas: Inisiatif Payung Rahmah seimbangkan kuasa beli
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sultan Terengganu mahu masjid perbanyak aktiviti tadarus al-Quran
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menitahkan supaya semua masjid di negeri ini memperbanyakkan aktiviti tadarus al-Quran secara beramai-ramai, sepanjang bulan Ramadan.
![AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015338/7699752941679576774925_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [23/03/2023] – Ramadan tiba..Ramadan tiba.. | Bersihkan sistem kerajaan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqmna Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini: Hari pertama puasa, apa cerita Bazar Ramadan? Tidak kira siapa terlibat, hapuskan amalan rasuah, titah Sultan Johor Lebuh raya Plus tungu masa laksana pembayaran terbuka Selepas hukuman mati mandatori, penjara seumur hidup pula dimansuhkan #AWANInews

Dua maut, lima cedera dalam kemalangan libatkan dua kenderaan
Dua wanita maut manakala lima cedera dan seorang kanak-kanak terselamat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kota Tinggi.

AWANI Ringkas: Penjara hingga 40 tahun, sebatan ganti penjara seumur hidup
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dialog Poket Rakyat: Poket raya, jangan sampai 'kering'
Impak tekanan kos sara hidup mengurangkan ‘keseronokan’ pengguna berbelanja? Inisiatif Rahmah, pengguna dan peniaga puas hati? Inisiatif Rahmah, sampai bila boleh bertahan? Dialog Poket Rakyat, Khamis 8.30 malam

Hari pertama bazar Ramadan meriah walaupun renyai
Setiap kali tibanya Ramadan antara yang menjadi tumpuan ialah bazar Ramadan, kerana pelbagai jenis juadah berbuka puasa daripada tradisional hinggalah moden boleh didapati dan dibeli.

Telur import: Ka Siong ingatkan Deepak buat laporan polis
Tegas Ka Siong, sekiranya Deepak gagal berbuat demikian, beliau sendiri yang akan membuat laporan polis.

Tak perlu siasat dakwaan Wee Ka Siong - Speaker
Johari berkata ini kerana setiap percakapan Ahli Parlimen ketika di dalam dewan adalah dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Wee Ka Siong gesa Deepak buat laporan polis untuk bersihkan nama
Ahli Parlimen Ayer Hitam sedia dedah bukti terima panggilan daripada individu yang perkenalkan diri sebagai Deepak.

Wee Ka Siong dakwa terima ugutan isu bekalan telur import
Wee Ka Siong mendakwa beliau menerima ugutan berhubung kenyataannya di Dewan Rakyat membabitkan isu bekalan telur import.

Pengimport telur gagal saman Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong memaklumkan, tindakan beberapa pengimport telur yang ingin menyaman beliau susulan kenyataan semasa sidang Dewan Rakyat pada Februari lalu tidak berhasil.

MCA timbang beberapa pilihan hadapi PRN di beberapa negeri - Wee Ka Siong
MCA sedang mempertimbangkan beberapa pilihan untuk parti itu menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang iaitu Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Wee Ka Siong terima surat saman kedua pengimport telur India
Ka Siong yang juga Presiden MCA berkata, beliau rasa terkilan dengan tindakan tersebut.

Gara-gara telur Ka Siong terima surat saman
Ka Siong bingung hanya kerana utarakan masalah rakyat di Dewan Rakyat, beliau disaman pengimport telur dari India.

Jarang berlaku, Wee Ka Siong bawa telur ayam ke Parlimen
Beliau membawa sebiji telur dari India, telur tempatan dan juga telur Omega bagi membandingkan saiz dan harganya kepada Dewan.

Pemilihan MCA bermula April
Pemilihan MCA 2023 di peringkat cawangan dan bahagian akan diadakan di seluruh negara bermula April ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon.