awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal bermula

Bernama
Bernama
02/09/2023
05:10 MYT
Pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal bermula
Pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal 2025 akan berterusan selama lebih tujuh bulan, dari 1 Sept hingga 31 Mac 2024, dan pencalonan diterima daripada institusi akademik dan saintifik, serta pusat penyelidikan.
KUALA LUMPUR: Proses pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal 2025 dibuka secara rasmi pada Jumaat bagi lima kategori iaitu Jasa kepada Islam, Pengajian Islam, Bahasa dan Kesusasteraan Arab, Perubatan dan Sains.
Setiausaha Agung bagi Anugerah Raja Faisal, Abdulaziz Alsebail dalam satu kenyataan berkata ini menandakan kemuncak dalam sejarah selama 47 tahun dalam mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu dan entiti terkemuka yang telah memartabatkan kemanusiaan dengan tugas mereka.
Beliau berkata kategori pencalonan merangkumi - Pengajian Islam (Pengajian Arkeologi di Semenanjung Arab), Bahasa dan Kesusasteraan Arab (Pengajian Identiti dalam Kesusasteraan Arab), Perubatan (Terapi Selular) dan Sains (Fizik).
"Anugerah jasa kepada Islam adalah penghormatan yang dikurniakan kepada mereka yang berjasa kepada Islam, umat Islam dan manusia secara keseluruhannya," menurut kenyataan itu.
Pencalonan bagi Anugerah Raja Faisal 2025 akan berterusan selama lebih tujuh bulan, dari 1 Sept hingga 31 Mac 2024, dan pencalonan diterima daripada institusi akademik dan saintifik, serta pusat penyelidikan.
Butiran lanjut boleh didapati di www.kingfaisalprize.org.
Setiap pemenang bagi setiap kategori akan menerima paten kaligrafi Arab mewah, pingat emas 24 karat seberat 200 gram, dan AS$200,000.
Sejak 1979, lebih 290 saintis dan cendekiawan dari 45 negara telah menerima Anugerah Raja Faisal.
Anugerah bagi kategori Jasa kepada Islam pernah dianugerahkan kepada Tunku Abdul Rahman, pada 1983, Tun Dr Mahathir Mohammad, pada 1997 dan Tun Abdullah Ahmad Badawi, pada 2011.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anugerah Raja Faisal
#Arab
#Abdulaziz Alsebail
#tarikh permohonan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan