awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Israel bertindak dalam 'penyelarasan penuh' dengan AS semasa serangan ke atas Iran - Laporan
DUNIA
Trump serang Iran tanpa kebenaran Kongres - Ahli Parlimen AS
DUNIA
Ratusan wartawan VOA dipecat ketika Trump laksana penstrukturan besar-besaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Pencari kerja perlu berani sahut cabaran

Bernama
Bernama
21/06/2025
21:00 MYT
Pencari kerja perlu berani sahut cabaran
Asri pada Majlis Perasmian Karnival Kerjaya, Pendidikan dan Keusahawanan MYFutureJobs Negeri Perlis 2025. - Foto Facebook/Pejabat SUK Perlis
KANGAR: Golongan pencari kerja perlu berani menyahut cabaran dengan mengambil peluang pekerjaan di tempat lain dan tidak terlalu terikat hanya mahu bekerja di negeri asal.
Ketua Pejabat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Asri Ab Rahman berkata mereka perlu lebih terbuka menerima pekerjaan bersesuaian yang menjamin masa depan, meskipun tempat kerja luar dari negeri sendiri.
"Ada masa berlaku ketidakpadanan pekerjaan bukan kerana tiada peluang, tetapi disebabkan calon tidak mahu berhijrah.
"Namun, kes seperti ini tidak begitu besar dan hanya berlaku di beberapa negeri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Kerjaya, Pendidikan dan Keusahawanan MYFutureJobs Negeri Perlis 2025, di sini pada Sabtu.
Karnival dua hari bermula pada Sabtu, dirasmikan Setiausaha Kerajaan Perlis Datuk Rahimi Ismail.
Sementara itu dalam satu kenyataan PERKESO memaklumkan 74,576 pencari kerja di seluruh negara, berjaya mendapat pekerjaan melalui program penempatan melalui usaha kolaboratif pelbagai pihak.
"Pencapaian ini bukan sahaja membuktikan komitmen pihak terlibat dalam memperkasakan peluang pekerjaan, tetapi juga memberi harapan baharu kepada lebih ramai pencari kerja," menurut PERKESO.
Menurut kenyataan itu setakat 13 Jun, sebanyak 522 individu berjaya mendapat pekerjaan baharu menerusi 33 program temu duga terbuka dilaksanakan PERKESO Perlis.
Pada majlis itu, 14 individu menerima faedah PERKESO berjumlah RM239,732.90 melibatkan pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, meliputi faedah hilang upaya sementara dan kekal, pencen penakat serta pencen ilat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencari kerja
#peluang pekerjaan
#perkeso
#cabaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami