awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencarian harta karun secara elektronik mengenai Rukun Negara 30 Ogos ini

Bernama
Bernama
24/07/2020
04:00 MYT
Pencarian harta karun secara elektronik mengenai Rukun Negara 30 Ogos ini
Sekiranya anda ingin menguji pengetahuan mengenai ideologi nasional itu, anda boleh mengambil bahagian dalam Rukun Negara Golden Jubilee e-Treasure Hunt 2020. - Gambar fail
Adakah anda faham tentang Rukun Negara?
Sekiranya anda ingin menguji pengetahuan mengenai ideologi nasional itu, anda boleh mengambil bahagian dalam Rukun Negara Golden Jubilee e-Treasure Hunt 2020 dan berpeluang memenangi hadiah utama RM2,050 atau lebih daripada 50 hadiah wang tunai.
Pencarian harta karun secara elektronik itu akan diadakan pada 30 Ogos ini dan anda tidak perlu keluar rumah untuk menyertainya.
Selain Rukun Negara, anda juga boleh menguji pengetahuan tentang tempat tarikan pelancong di Malaysia kerana permainan ini akan membawa anda mengembara ke seluruh negara secara maya, di rumah anda.
Pertandingan ini diadakan bersempena dengan ulang tahun ke-50 Rukun Negara yang diperkenalkan pada 1970 untuk membina Malaysia yang kuat, bersatu dan makmur.
Ia dianjurkan oleh Agensi Berita Nasional Malaysia, Bernama, sebagai satu daripada sambutan ulang tahun ke-50 Rukun Negara bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Perpaduan Negara.
Pendaftaran untuk pencarian harta karun elektronik itu dibuka pada 23 Julai dan bayaran masuk adalah RM50 bagi setiap penyertaan (untuk seorang).
Akses pautan ini - https://rukunnegara50.bernama.com/ehunt - untuk maklumat lanjut mengenai permainan itu dan pendaftaran.
Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 22 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Malaysia
#harta karun
#ideologi
#pelancong
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan