awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencarian kru kapal jatuh laut ditamatkan

Sinar Harian
Sinar Harian
14/01/2023
02:00 MYT
Pencarian kru kapal jatuh laut ditamatkan
Op Carilamat kru kapal jatuh laut ditamatkan pada jam 11.30 malam, Jumaat. - Foto Sinar Harian
KLANG: Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) bagi mengesan seorang kru kapal FV Shuenn Man No 23 yang terjatuh di laut sekitar perairan Pulau Ketam pada Selasa ditamatkan pada jam 11.30 malam Jumaat.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, pangkalan hadapan Carilamat di Jeti Maritim Selangor turut dibubarkan.
"Mangsa masih belum ditemui setelah hari keempat Op Carilamat, kita akan meneruskan operasi itu sekiranya menemui petunjuk baharu.
"Pemantauan berterusan juga dilaksanakan oleh aset-aset yang beroperasi," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Siva Kumar berkata, keseluruhan keluasan pencarian adalah 159.36 batu nautika persegi iaitu di perairan Selangor berdekatan sempadan Malaysia - Indonesia.
"Maklumat juga telah disalurkan kepada pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) bagi pencarian di Perairan Indonesia kerana kemungkinan mangsa hanyut di perairan negara berkenaan," katanya.
Pada Rabu, media melaporkan mangsa Syaefullah, 27, seorang lelaki warga Indonesia dikatakan terjatuh ke dalam laut kira-kira jam 10.57 pagi dan dilaporkan tidak memakai jaket keselamatan.
Mangsa dilihat kali terakhir memakai baju berwarna hijau gelap sebelum dilaporkan hilang di laut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Op Carilamat
#kru kapal
#FV Shuenn Man No 23
#Pulau Ketam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan