awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertelingkahan berkaitan dadah, wang punca lelaki dibunuh, anggota badan dikerat
AS tegaskan perlu milik Greenland, undang reaksi antarabangsa
Tentera Syria mulakan serangan terhadap SDF di Sheikh Maqsoud, Aleppo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencarian warga Turkiye hilang di perairan Pulau Yu disambung semula

Bernama
Bernama
09/08/2025
14:00 MYT
Pencarian warga Turkiye hilang di perairan Pulau Yu disambung semula
Pencarian seorang warga Turkiye kru kapal layar Daisy yang hilang di perairan Pulau Yu disambung semula selepas Maritim Malaysia menerima permohonan rasmi daripada kedutaan besar negara itu melalui Kementerian Luar semalam. - Gambar fail/FB APMM
PUTRAJAYA: Pencarian seorang warga Turkiye kru kapal layar Daisy yang hilang di perairan Pulau Yu, Terengganu disambung semula selepas Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) menerima permohonan rasmi daripada kedutaan besar negara itu melalui Kementerian Luar semalam.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata Eser Demirkol adalah seorang daripada tiga kru kapal layar itu yang karam pada 31 Julai lepas manakala dua lagi telah ditemukan sebelum ini.
Beliau berkata operasi kali ini memfokuskan kawasan antara lokasi kapal disyaki karam dan penemuan mangsa kedua dengan penggunaan aset laut serta udara Maritim Malaysia bagi mengoptimumkan liputan pencarian.
Sebelum ini, operasi mencari dan menyelamat dilaksanakan selama tujuh hari meliputi kawasan seluas 457.61 batu nautika persegi menggunakan aset laut, aset udara serta penyelam Pasukan Khas dan Penyelamat yang dibantu kenderaan kawalan jauh sebelum ditamatkan pada Rabu selepas tiada sebarang petunjuk baharu.
Orang ramai diminta menyalurkan maklumat jika menemui sebarang petunjuk berkaitan mangsa dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau MRCC Putrajaya di talian 03-8941 3140 yang beroperasi 24 jam.
Media sebelum ini melaporkan bahawa Ahmet Volkan Ata, 52; Ates Demiroren, 42, dan Demirkol, 52, merancang melakukan pelayaran mengelilingi benua dari Malaysia ke Turkiye pada 28 Julai lepas namun pada petang 29 Julai, kapal layar yang mereka naiki dilanda ribut serta dipercayai karam di perairan Pulau Yu.
Demiroren diselamatkan oleh nelayan tempatan ketika terapung di laut manakala Ata ditemukan selamat selepas hampir 43 jam terapung.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga Turkiye
#hilang
#pencarian
#perairan Pulau Yu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami