awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kanak-kanak, seorang dewasa parah dalam letupan berhampiran Paris
APMM selamatkan tiga warga Indonesia terapung di laut dua hari
[TERKINI] Ketua Tentera Libya maut dalam nahas pesawat berhampiran Ankara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran air: Kenyataan MB Selangor tiada tindakan diambil adalah tidak benar - Peguam Negara

Bernama
Bernama
07/09/2020
16:14 MYT
Pencemaran air: Kenyataan MB Selangor tiada tindakan diambil adalah tidak benar - Peguam Negara
Idrus berkata berkata sehingga kini Jabatan Peguam Negara tidak pernah dirujuk dengan apa-apa kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran air mentah di Selangor. - BERNAMA
Kenyataan Menteri Besar Selangor Amirudin Shari hari ini yang disiarkan sebuah portal berita bahawa tiada tindakan diambil Jabatan Peguam Negara selepas kerajaan negeri selesai siasat kes pencemaran air pada April lepas adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali, kata Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.
Dalam kenyataan malam ini, beliau berkata sehingga kini Jabatan Peguam Negara tidak pernah dirujuk dengan apa-apa kertas siasatan berhubung kejadian pencemaran air mentah di Selangor.
"Pada 17 Mac 2020, Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) melalui siaran media memaklumkan bahawa keempat-empat loji rawatan air di Sungai Selangor telah dihenti tugas bermula 17 Mac, pukul 7 malam, akibat pencemaran bau dalam air mentah pada tahap 2 TON.
Idrus berkata kompaun itu dikeluarkan tanpa apa-apa rujukan kertas siasatan dibuat kepada Jabatan Peguam Negara.
Selanjutnya, katanya dalam kejadian terbaru pada 3 Sept apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2,3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, Jabatan Peguam Negara hanya dimaklumkan bahawa terdapat kertas siasatan yang dibuka oleh agensi-agensi yang berkaitan dan kertas siasatan itu sedang dilengkapkan sebelum dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk arahan selanjutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#gangguan air
#Idrus Harun
#kenyataan MB Selangor
#krisis air
#Peguam Negara
#pencemaran air
#Sungai Gong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan