awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran: Dua syarikat perlombongan di Gua Musang diarah henti kerja serta-merta

Sinar Harian
Sinar Harian
18/12/2024
04:30 MYT
Pencemaran: Dua syarikat perlombongan di Gua Musang diarah henti kerja serta-merta
Nik Nazmi berkata, arahan itu dikeluarkan melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap dua syarikat terbabit mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127). - Gambar fail
PUTRAJAYA: Dua syarikat dipercayai menyebabkan pencemaran di Sungai Kelaik, Gua Musang, Kelantan diarah untuk menghentikan kerja-kerja perlombongan berkuat kuasa serta-merta.
Menerusi kenyataan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, arahan itu dikeluarkan melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) terhadap dua syarikat terbabit mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Akta 127).
Menurutnya, siasatan mendapati sebuah syarikat telah menjalankan aktiviti tanpa mendapat kelulusan di bawah subseksyen 34A(3) dan kertas siasatan akan dibuka dengan segera di bawah subseksyen 34A(6).
"Bagi sebuah lagi syarikat perlombongan, hasil siasatan mendapati premis tidak beroperasi di mana tiada sebarang kerja-kerja mengorek bijih besi atau memproses bijih besi dijalankan.
"Tindakan penguatkuasaan akan diambil di bawah Akta 127 sekiranya didapati penggerak projek gagal mematuhi mana-mana syarat kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) bagi memastikan pelaksanaan projek dapat mengurangkan dan meminimakan kesan kepada reseptor sensitif alam sekitar," katanya pada Rabu.
Ujar beliau, JAS juga akan mengemukakan surat kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Kelantan supaya menangguhkan kelulusan pembaharuan lesen melombong kepada satu daripada syarikat terbabit sehingga laporan EIA dikemukakan untuk penilaian dan kelulusan.
"Pemantauan akan dilaksanakan secara berterusan di tapak projek dan sebarang ketidakpatuhan di bawah Akta 127 akan diambil tindakan perundangan yang tegas," jelas beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pencemaran sungai
#syarikat perlombongan
#Gua Musang
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan