Biar tidak ada elektrik jangan tiada air. Itu ayat yang sering kita dengar setiap kali berlaku gangguan bekalan air.
Sememangnya menjadi satu kerisauan yang amat kepada pengguna apabila membuka paip di rumah mendapati tidak ada setitis air pun yang keluar.
Dalam kehidupan serba moden hari ini, bekalan air bersih sangat penting bukan sahaja untuk keperluan memasak, minum, membasuh dan mandi tetapi juga untuk kegunaan aktiviti lain seperti menyiram pokok dan membasuh kenderaan.
Purata penggunaan air rakyat Malaysia setiap hari ialah 210 liter seorang berbanding Singapura kira-kira 151 liiter sehari bagi setiap individu.
Lihat sahaja apa yang berlaku baru-baru ini, betapa kalutnya kehidupan jutaan pengguna di sekitar Lembah Klang dan Selangor apabila gangguan bekalan air berlaku berikutan pencemaran di Sungai Selangor yang menyebabkan empat buah Loji Rawatan Air (LRA) iaitu LRA Sungai Selangor, Fasa 1, 2 dan 3 serta LRA Rantau Panjang, dihentikan.
Pengguna terpaksa beratur panjang untuk menadah dan mengangkut air dan ini amat menyeksakan lebih-lebih lagi pada musim penularan wabak COVID-19 yang masih belum reda.
INSIDEN BERULANG
Insiden pencemaran sungai ini bukanlah kali pertama berlaku. Pada tahun ini sahaja beberapa kes pencemaran bau dan tumpahan minyak berlaku di sungai hingga menyebabkan LRA terpaksa ditutup.
Paling tidak boleh dilupakan kes pencemaran di Sungai Kim Kim pada 2019 yang menjejaskan kesihatan ramai penduduk sekitar sehingga ada yang terpaksa dimasukkan ke hospital.
Persoalannya, sampai bila pengguna harus menanggung sengsara akibat gangguan bekalan air?.
Apakah tidak ada jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah ini daripada terus berulang?.
Ramai yang berpendapat kelemahan penguatkuasaan undang-undang antara punca pihak tidak bertanggungjawab berani dan berterusan melakukan kesalahan dengan membuang bahan pencemar ke sungai.
Namun jika dilihat secara keseluruhan insiden di Sungai Gong, Rawang baru-baru ini ia melibatkan banyak aspek yang memerlukan tindakan yang menyeluruh.
Insiden terbaru ini membongkar banyak kelemahan dalam pengurusan lembangan sungai dan aspek sekuriti air yang perlu diperbaiki dengan kadar segera, demikian menurut pakar kualiti air, Dr Zaki Zainudin.
Langkah pro aktif yang boleh dilakukan terutama kerajaan negeri dalam masa yang terdekat ini adalah melaksanakan pemetaan secara terperinci sistem kawalan kumbahan kilang dan industri yang terdapat di pesisir kawasan sungai.
Perlu disenaraikan jenis industri yang tidak sesuai menjalankan operasi terutama di kawasan hulu muka sauk bagi memastikan hanya industri yang tidak atau kurang berisiko sahaja dibenarkan beroperasi di kawasan itu.
"Kerajaan negeri boleh menyenaraikannya untuk dijadikan rujukan kepada pihak berkuasa lain sebelum melulus atau membenarkan sesuatu industri dibuka.
"Sekiranya terdapat industri yang tidak sesuai seperti yang disenaraikan berada di hulu muka sauk, tindakan boleh diambil antaranya tidak membenarkan mereka membesarkan lagi operasi atau melakukan pemutihan dengan memindahkan industri ke tempat yang lebih sesuai," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
KURANGKAN BEBAN SUNGAI
Langkah ini dapat mengurangkan beban pencemaran di bahagian hilir yang menempatkan muka sauk bagi loji rawatan air.
Kebanyakan muka sauk adalah di kawasan hilir sungai kerana kuantiti isi padu air lebih tinggi di kawasan berkenaan.
"Apa yang menjadi masalah sekarang apabila kebanyakan industri dan kawasan perumahan dibuka di kawasan hulu sungai yang boleh melepaskan punca pencemaran ke dalam sungai terus ke hilir sebelum masuk ke muka sauk," katanya.
Walaupun sungai mempunyai keupayaan secara semulajadi menerima bahan cemar tetapi ia bergantung juga kepada isi padu air yang ada di dalam sungai berkenaan.
"Jika saiz sungai kecil, isi padu air berkurangan maka kemampuan sungai menerima bahan cemar adalah kurang. Begitu juga ketika musim kemarau, kadar pencairan di dalam sungai juga berkurangan.
"Perlu ada undang-undang yang boleh menilai semula dengan melihat isu kemampuan sungai menerima beban pencemaran," katanya.
JAMINAN KESELAMATAN BEKALAN AIR
Memantapkan sekuriti air yang meliputi kuantiti dan kualiti air yang menjadi keperluan asas manusia perlu dijadikan keutamaan oleh pihak berkuasa agar pengguna tidak lagi dibebani dengan masalah gangguan air pada masa akan datang.
Pengerusi Malaysian Water Engineers Action Committee (MyWAC), Ishak Hasnan berkata beberapa langkah boleh diambil antaranya dengan menyediakan sumber air mentah tambahan yang boleh digunakan sekiranya berlaku pencemaran sungai.
Antara sumber yang dilihat berpotensi digunakan ialah air bawah tanah dan air lombong yang telah direzabkan, dijaga dan dikhaskan sebagai sumber air mentah loji rawatan air.
"Langkah ini boleh menggantikan sementara air sungai sehingga kualiti air kembali normal," katanya kepada Bernama.
Ishak, yang mewakili 28 jurutera operator bekalan air di MyWAC berkata, langkah lain yang boleh dilaksanakan adalah dengan menambah lebih banyak kolam simpanan air bersih bagi keperluan pengguna.
Simpanan air bersih pada masa kini hanyalah untuk satu hari penggunaan dan ia boleh ditambah dengan membina lebih banyak kolam simpanan bagi menampung bekalan untuk tiga atau empat hari penggunaan.
Beliau, yang juga jurutera air di Lembaga Air Perak berkata, kerjasama antara negeri juga boleh dijalinkan melalui memorandum persefahaman (MoU) bagi penyambungan paip bekalan air bersih antara daerah dan negeri.
Apabila sesuatu daerah atau negeri menghadapi krisis air maka bekalan air dari daerah dan negeri berdekatan boleh disalurkan, katanya.
Ishak turut mencadangkan agar mewajibkan pihak industri merawat sendiri sisa buangan industri sebelum dilepaskan ke sungai.
Sisa buangan perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan dan untuk menguatkuasakannya peralatan untuk mengukur tahap kandungan bahan kimia yang menjadi parameter bahan sisa yang ditentukan perlu dipasang di tempat pelepasan sisa industri.
"Ia boleh dipantau secara dalam talian dan masa nyata oleh pihak berkuasa tanpa perlu keanggotaan yang ramai untuk mengendalikannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 10 2020
Kebanyakan muka sauk adalah di kawasan hilir sungai kerana kuantiti isi padu air lebih tinggi di kawasan berkenaan. - Gambar hiasan
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek