awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buruh Myanmar mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Peletakan jawatan pemimpin PN bukti kerapuhan parti - AMK Johor
Mujahid, Takiyuddin capai persetujuan tamat saman fitnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencemaran sungai: Pengarah syarikat, anak antara lapan ditahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
21/10/2020
07:21 MYT
Pencemaran sungai: Pengarah syarikat, anak antara lapan ditahan
Fadzil Ahmad berkata, mereka ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi, Rabu di Rawang. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR :Pengarah syarikat dan anak lelakinya adalah antara lapan yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kejadian pencemaran Sungai Selangor pada Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmad berkata, mereka ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi di Rawang.
Katanya, daripada enam pekerja yang ditahan itu, empat orang merupakan warga asing dari Nepal, Pakistan dan Myanmar.
Beliau berkata, siasatan ke atas mereka dijalankan mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat sehingga menyebabkan berlaku pemutusan bekalan air untuk tujuan pertanian, makanan atau minuman kepada manusia dan haiwan atau bagi menjalankan sebarang pengeluaran.
"Berdasarkan siasatan awal, polis mendapati bau yang dikesan berakhir di alur air Sungai Gong, Rawang disyaki bermula dari sebuah syarikat membaiki dan menjual jentera jentera pembinaan.
"Kesemua mereka akan dibawa ke Mahkamah Selayang untuk mendapatkan perintah reman esok," katanya dalam kenyataan yang diedarkan hari ini.
Pencemaran bau di Sungai Selangor itu mengakibatkan gangguan bekalan air kepada 1.2 juta akaun atau hampir lima juta pengguna di Lembah Klang.
Sebelum ini, Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 dan LRA Rantau Panjang dihentikan tugas akibat pencemaran sumber air mentah.
Menurutnya, siasatan awal pihak berkuasa mendapati bahan pelarut (solvent) adalah bahan punca kepada pencemaran bau awal pagi tadi yang sama dengan kejadian pada awal September lalu.
Jelasnya, beberapa kawasan kilang dikenal pasti menjadi punca pencemaran berkenaan dan tidak menolak kemungkinan bahan pelarut itu dibuang oleh kilang-kilang haram yang beroperasi di sekitar Selangor.
Pencemaran itu membabitkan gangguan di 1,292 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual setelah empat LRA Sungai Selangor itu dihenti tugas, susulan pencemaran sumber air mentah.
Topic Berkaitan
#krisis air
#pencemaran sungai
#Selangor
#pelarut bahaya
#Air Selangor
#gangguan bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan