awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penculikan di Pulau Pom Pom dipercayai dilakukan kumpulan 'Kidnap for Ransom' - TPM

Bernama
Bernama
11/09/2016
07:37 MYT
Penculikan di Pulau Pom Pom dipercayai dilakukan kumpulan 'Kidnap for Ransom' - TPM
Kumpulan itu dipercayai bergerak di kawasan Filipina khususnya di kepulauan berhampiran dengan Malaysia. - Gambar fail
Penculikan tiga kru kapal nelayan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah malam tadi dipercayai didalangi kumpulan 'kidnap for ransom' (KFR) atau 'penculikan untuk tebusan', kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan perdana menteri berkata kumpulan itu dipercayai bergerak di kawasan Filipina khususnya di kepulauan berhampiran dengan Malaysia.
"Walaupun kita melakukan pemantauan sebagai kaedah 'surveillance', tetapi mereka telah bergerak di bawah radar.
BACA: Tiga nelayan Sabah diculik dekat Pulau Pom Pom, Semporna
"Dalam perkara ini saya telah hubungi pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) supaya lebih meliputi seluruh kawasan 1,700km panjang di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) untuk dipantau sepenuhnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kes penculikan itu pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Kelapan Parti Makkal Sakti Malaysia, di sini hari ini.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#ESSCom
#Kidnap for Ransom
#maritim
#surveillance
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan