awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penculikan di Sabah: "Kenapa kita yang dipersalahkan?" - KPN

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
04/11/2016
04:27 MYT
Penculikan di Sabah: "Kenapa kita yang dipersalahkan?" - KPN
Nur Misuari ketika memberi ucapan di Istana Malacanang di Manila, Filipina pada 3 Nov. - AFP
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyangkal dakwaan pemimpin kumpulan pemisah Islam Filipina bahawa ada warga Malaysia yang terlibat dalam insiden penculikan di pantai timur Sabah yang pernah meragut nyawa rakyat Malaysia suatu masa dahulu.
"Itu dakwaannya. Namun, yang menjadi masalahnya orang-orangnya (Nur Misuari) yang telah menculik rakyat kita. Sepatutnya dia (Nur Misuari) perlu menjaga orang-orangnya. Kenapa kita pula yang dipersalahkan?" soal Khalid.
Beliau berkata demikian sebagai respon kepada kenyataan Nur Misuari yang merupakan Pengerusi Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF).
Dalam laporan di portal berita Filipina, Nur Misuari telah mendakwa warga Malaysia merupakan dalang penculikan habuan kewangan di perairan pantai timur Sabah.
Tambahnya, beliau mempunyai bukti bagi dakwaan tersebut.
Menurut Nur Misuari, beliau tidak akan teragak-agak untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan, termasuklah mahkamah antarabangsa.
BACA: Usaha keamanan: Nur Misuari diterbangkan khas ke Manila bertemu Duterte
Topic Berkaitan
#Khalid Abu Bakar
#moro national liberation front
#Nur Misuari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan