awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencuri lembu diberkas, sembunyi belakang mesin basuh

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
09/07/2020
05:09 MYT
Pencuri lembu diberkas, sembunyi belakang mesin basuh
Jenayah suspek terbongkar apabila polis menemui kereta dipandu mereka yang telah terbakar. - Foto PDRM
Dua lelaki berusia 21 dan 27 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti mencuri lembu di sekitar kawasan Mahang, di sini.
Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Azhar Hashim, kegiatan berlaku pada 6 Julai lalu kira-kira jam 6 pagi di Masjid Al-Syakirin, Gunung Bungsu.
Jenayah suspek terbongkar apabila polis yang pergi ke lokasi kejadian menemui kereta yang dipandu mereka telah terbabas dan terbakar.
Bertindak atas laporan, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim telah menyerbu sebuah rumah di Kampung Selarong Panjang, Sungai Kob, di sini, awal pagi tadi dan menahan dua lelaki itu.
Hasil semakan mendapati, suspek utama berusia 27 tahun mempunyai enam rekod kesalahan jenayah lampau dan dikehendaki polis (wanted), manakala seorang lagi mempunyai tiga rekod lampau.
Menurut Azhar, ketika serbuan dibuat, kedua-dua suspek bertidak bersembunyi di belakang mesin basuh.
Suspek ditemui sembunyi belakang mesin basuh. Foto PDRM
Suspek ditemui sembunyi belakang mesin basuh. Foto PDRM
Kedua-dua suspek kemudiannya dibawa ke IPD Kulim untuk siasatan lanjut.
Hasil siasatan, suspek mengaku terlibat dalam kes samun sebuah stesen minyak, kes langgar lari hingga mengakibatkan mangsa maut dan kes curi lembu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Azhar Hashim
#curi lembu
#kereta terbakar
#Kulim
#masjid
#mesin basuh
#polis
#sembunyi
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan