KUALA LUMPUR: Individu yang telah mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (PADU) masih boleh menghantar maklumat yang belum dilengkapkan walaupun selepas tarikh tutup pendaftaran sistem tersebut pada Ahad.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bagaimanapun, tarikh tutup bagi pendaftaran sistem PADU kekal hingga kelmarin.
"Kepada mereka yang masih ada lagi maklumat yang mungkin tidak lepas dalam pengenalan diri (gagal pengesahan identiti), e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital), pasukan PADU sedang membantu untuk memastikan mereka dapat menghantar atau melengkapkan maklumat yang diperlukan ke dalam sistem tersebut.
"Cuma yang kita telah tutup ialah bagi mereka yang tidak mendaftar langsung (dalam sistem PADU) dari tempoh 2 Jan hingga 31 Mac," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV dengan topik "PADU: Apa Selepas Ini?" pada Isnin.
Pendaftaran sistem PADU ditutup pada 11.59 malam 31 Mac 2024.
Terdahulu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dalam kenyataan memaklumkan, sebanyak 17.65 juta atau 58.7 peratus keseluruhan profil rakyat termasuk ahli isi rumah bawah 18 tahun berjaya dikemas kini dalam sistem PADU.
Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, dengan adanya sistem PADU ini data rakyat akan sentiasa tersedia yang membolehkan kerajaan membuat analisis tepat ke atas mereka yang layak mendapat manfaat.
"Data dalam sistem PADU ini membolehkan kerajaan meneliti perkara seperti bagaimana kita hendak analisis supaya corak bantuan itu tidak hanya mengambil satu penilaian, satu lapis sahaja," katanya.
Justeru, beliau berkata, semua pihak terutama rakyat perlu yakin bahawa data merupakan satu alat yang penting dalam menggerakkan negara ke hadapan dan kerjasama serta sokongan semua pihak amat diperlukan dalam menjayakan hasrat tersebut. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 01 2024
Individu yang telah mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (PADU) masih boleh menghantar maklumat yang belum dilengkapkan walaupun selepas tarikh tutup pendaftaran sistem tersebut pada Ahad.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Data dalam sistem Pangkalan Data Utama (PADU) telah sedia untuk kerajaan melaksanakan program rakyat termasuk subsidi bersasar pada bila-bila masa, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
Pendaftar PADU masih boleh hantar maklumat yang belum lengkap
Antara maklumat yang belum lengkap diisi ialah pengenalan diri (gagal pengesahan identiti).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 April 2024.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
Orang ramai ambil peluang terakhir daftar, kemas kini PADU
Rata-rata penduduk yang ditemui memuji usaha kerajaan dalam memastikan rakyat dapat mendaftar PADU secara fizikal yang dapat menjimatkan masa serta memudahkan penduduk.
PADU ada data asas 30 juta rakyat Malaysia
Data itu hanyalah data asas yang dikumpul daripada pelbagai agensi sedangkan yang diperlukan sekarang adalah data dinamik.
Hari terakhir kemas kini data dalam PADU
Selangor kekal negeri tertinggi merekodkan pendaftaran PADU dengan angka 1.45 juta orang disusuli Johor 1.02 juta dan Sarawak 0.89 juta.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.