awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaki sesat mendaki Gunung Yong Yap ditemukan selamat

Bernama
Bernama
03/02/2025
09:00 MYT
Pendaki sesat mendaki Gunung Yong Yap ditemukan selamat
Ilhami Mohd Idris dari Seri Kembangan, Selangor ditemukan di kebun getah berhampiran Kuala Mu oleh orang awam.- Foto JBPM Perak
IPOH: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang semasa menyertai kumpulan ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap dekat Kuala Mu, Sungai Siput semalam, ditemukan selamat sekitar 10 pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata Ilhami Mohd Idris, 22, dari Seri Kembangan, Selangor ditemukan di kebun getah berhampiran Kuala Mu oleh orang awam.
Beliau berkata bomba dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa yang menyertai ekspedisi itu bersama 15 peserta, pada 11.42 malam tadi.
"Kehilangan mangsa disedari selepas ketua ekspedisi membuat pemeriksaan semasa mereka menuruni bukit di Kem Site Chinak pada 6 petang semalam," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Sabarodzi berkata ketua pendaki membuat laporan polis selepas usaha mencari yang dilakukan mereka bersama lima malim gunung hingga ke puncak Gunung Yong Yap, tidak menemukan mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendaki sesat
#Gunung Yong Yap
#Ilhami Mohd Idris
#ditemukan selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan