Pendakwaan kes anggota Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim yang didakwa mencabul seorang remaja perempuan bawah umur pada Oktober tahun lepas bermula hari ini dengan dua orang saksi dipanggil memberi keterangan.
Saksi pertama, guru muzik Sekolah Kebangsaan Kampung Salang, Arau, selaku pengurus kumpulan Buskers DSSK, Azhar Hasan, 49, manakala saksi kedua, Adzleen Junaira Mohd Nasir, 27, ialah isteri kepada seorang anggota kumpulan itu.
Ketika disoal oleh Pengarah Pendakwa Raya Perlis, Mohd Nordin Ismail, Azhar menggunakan perkataan 'sentuhan luar biasa' bagi menggantikan perkataan cabul.
Azhar berkata kumpulan itu sedang membuat persembahan di hadapan Stadium Tuanku Syed Putra Kangar apabila Shahidan tiba dengan menaiki Toyota Harrier dan berhenti tidak jauh dari tempat mereka membuat persembahan kira-kira pukul 11.30 malam.
Katanya seperti biasa beliau pergi kepada Shahidan dan kemudian melambai ke arah remaja itu (yang berusia 15 tahun tujuh bulan semasa kejadian) supaya datang.
Menurutnya setelah berada dua atau tiga minit dalam kereta, remaja itu dilihat keluar dari kenderaan berkenaan dan berjalan ke arah khemah di mana ibu, bapa dan adik remaja itu sedang menyaksi kumpulan Buskers DSSK membuat persembahan.
Katanya beliau berpendapat sesuatu luar biasa berlaku antara remaja itu dan tertuduh apabila bapa remaja itu tiba-tiba mengajak pulang sebaik dimaklumkan sesuatu oleh ibunya.
"Saya pula tidak melihat atau mendengar perbualan mereka kerana berada di belakang kenderaan," kata Azhar
Beliau berkata Shahidan kemudian meninggalkan kawasan itu setelah menyerahkan wang RM300 kepadanya.
Shahidan dituduh melakukan amang seksual dengan menyentuh bahu hingga tangan seorang remaja perempuan bawah umur dalam kereta Toyota Harrier di tepi jalan pada kira-kira pukul 11.30 malam di perkarangan Stadium Syed Putra, Kangar pada 20 Oktober tahun lepas.
Beliau dituduh mengikut seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Adzleen Junaira pula berkata dia melihat remaja itu berjalan agak laju semasa keluar dari Toyota Harrier Shahidan dan hampir menangis semasa menceritakan kejadian di dalam kenderaan itu.
"Dia cakap kat mak dia, dia dipegang di bahu dan tangan kiri oleh DSSK (gelaran untuk Datuk Seri Shahidan Kassim).
Saya juga dengar bapanya cakap: "malam ni pi rumah DSSK pun tak apa." Ini ayat-ayat marah setelah mendapat tahu kejadian pegang bahu anaknya itu daripada isteri beliau," kata Adzleen.
Katanya beliau bersama suaminya Saiful Anuar menemani keluarga itu membuat aduan di Balai Polis Kangar pada kira-kira pukul 3.00 pagi.
Shahidan diwakili peguambela Zamri Ibrahim yang dibantu Zuhair Ahma Zakwan, Thalia Rohana Abdul Latiff dan Syed Muhammad Anwar Syed Lokman.
Pendakwaan dijalankan oleh Pengarah Pendakwa Raya Perlis Mohd Nordin Ismail manakala Hakim Mahkamah Sesyen Kangar, Ainul Shahrin Mohamad mendengar kes itu.
Perbicaraan bersambung esok dengan saksi ketiga akan dipanggil untuk memberi keterangan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2019
Shahidan dituduh melakukan amang seksual dengan menyentuh bahu hingga tangan seorang remaja perempuan bawah umur dalam kereta di tepi jalan pada kira-kira pukul 11.30 malam di perkarangan Stadium Syed Putra, Kangar pada 20 Okt 2018. - Gambar fail
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Kahwini warga tempatan, jadi dalang sindiket pekerja asing
Dua warga asing yang mengahwini rakyat tempatan dan menjadi dalang sindiket pekerja asing terbongkar selepas dicekup di Jalan Duta, di sini, pada Rabu.
Raja Permaisuri Agong berkenan agih bubur lambuk di Kampong Bharu
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampong Bharu.
Kemarau: Kerajaan Kelantan gali 100 telaga tiub bantu pesawah
Kerajaan Kelantan akan menggali 100 buah telaga tiub bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air yang menghantui pesawah di negeri ini akibat kemarau.
Lelaki Myanmar dan Bangladesh dalang sindiket pekerja asing
Dua lelaki dari Myanmar dan Bangladesh disyaki dalang utama sindiket pekerja asing ditahan Jabatan Imigresen menerusi operasi khas di ibu negara.
Fokus mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan pengguna
Pensyarah Pusat Pengajian Sains Komputer, Fakulti Inovasi & Teknologi, Taylor’s University, Prof.Madya Ts Datuk Dr. Husin Jazri berpendapat bahawa Kementerian Ekonomi Malaysia harus fokus cara untuk mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan penuh dikalangan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (Padu) ini berjaya.
Operasi pembenihan awan Sabah dimulakan pagi tadi - Hajiji
Operasi pembenihan awan bagi menghasilkan hujan di Sabah telah dimulakan pagi ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Buruh didakwa lakukan amang seksual terhadap kanak-kanak 11 tahun
Bapa pada seorang anak itu didakwa menyentuh bahagian dada, perut dan alat sulit mangsa 10 Mac lalu.
Kelindan lori rogol, lakukan amang seksual terhadap remaja dipenjara lima tahun, tiga sebatan
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan tiga sebatan ke atas seorang kelindan lori atas tuduhan lakukan amang seksual dan merogol.
Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.
Doktor didakwa hasilkan pornografi, amang seksual terhadap pesakit kanak-kanak
Tertuduh memohon untuk dibicarakan selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa di hadapan hakim.
Kes Spanco: SPRM rakam kenyataan bekas Menteri Kewangan
Kenyataan bekas Menteri Kewangan membabitkan kes kontrak perolehan syarikat Spanco telah diambil oleh SPRM.
Penganggur cium pipi anak jiran, dipenjara empat tahun, satu sebatan
Tindakan seorang penganggur mencium pipi kanak-kanak perempuan lapan tahun bagi tujuan seksual, mengundang padah.
Amang seksual anak saudara, lelaki dipenjara empat tahun, sebat
Amang seksual anak saudara, lelaki dipenjara empat tahun, sebat
Dua beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual
Hamid Khan Samoon, 43, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali.
Pemeriksaan hospital dapati tiada kesan liwat pada remaja - Polis
Hospital mengesahkan pemeriksaan ke atas salah seorang daripada dua beradik yang didakwa dicabul dan diliwat di sebuah hotel mendapati tiada sebarang kecederaan fizikal atau liwat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 15 Januari 2024.