PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pendakwah supaya tidak terburu-buru dan mengikut sentimen politik dalam mengupas sesuatu perkara atau isu.
Anwar berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku apabila kenyataan berkaitan surah Al-Kahfi dan tujuh pemuda Ashabul Kahfi, yang disentuh beliau semasa Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) minggu lepas telah disalah erti oleh seorang pendakwah.
Tanpa mendedahkan identiti pendakwah itu, Perdana Menteri berkata sebagai seorang ilmuan, mereka sepatutnya menyemak terlebih dahulu fakta sebelum membuat sebarang penjelasan kepada orang ramai.
"Bila ditanya (oleh sesesorang) kepada seorang ustaz di Terengganu, dia kupas (jawab soalan) tanpa mendengar (konteks sebenar ucapan saya) terus dia kata pemimpin besar ini jahil, keliru dan menyesatkan dan mengatakan orang-orang ini sebagai orang Kristian.
"Baca, dan dengar konteksnya dan kita sebagai seorang pendakwah jangan terburu-buru ikut sentimen politik. Ini masalahnya, kalau ikut sentimen betul (tidak mengapa) dari segi semangat agama.
"Pertama semak dulu kenyataan itu benar atau tidak, keduanya kalau tidak (benar)... boleh tegur saya, saya boleh betulkan," katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kota Damansara hari ini yang turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari.
Terdahulu Perdana Menteri yang tiba di masjid berkenaan pada 1.20 tengah hari disambut pihak pengurusan masjid dan jemaah
Perdana Menteri bersama lebih 500 jemaah kemudian mendengar kutbah bertajuk "Jangan Mengundang Persengketaan" sebelum menunaikan solat Jumaat yang diimamkan Mohamad Nor Salami Masri yang juga Pengurus Masjid berkenaan.
Sebelum ke masjid itu, Anwar turut meluangkan masa beramah mesra dan makan tengah hari bersama rakyat di gerai Nasi Ayam Warisan KD di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kota Damansara, hari ini. - Foto BERNAMA
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
Permohonan aktivis untuk cabar keputusan AG tak dakwa pendakwah ditolak
Panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara menolak permohonan yang dikemukakan oleh S. Sivakumar dan M. Rajasegaran.
Saksi tolak panggilan video daripada Ebit Lew
Saksi itu berkata ada ketika Lew membuat panggilan video kepadanya tetapi beliau tidak mahu memperlihatkan wajahnya kerana berada dalam keadaan tidak bertudung.
Saksi tidak bersetuju malukan Ebit Lew
Saksi kes perbicaraan Ebit Lew memberitahu bahawa beliau tidak memalukan tertuduh dengan melakukan ekstrak daripada telefon bimbit milik pendakwah tersebut.
Pendakwah jangan ulas isu ikut sentimen politik - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pendakwah supaya tidak terburu-buru dan mengikut sentimen politik dalam mengupas sesuatu perkara atau isu.
Ditegur pendakwah, Fizz Fairuz nafi filem 'Mat Tudung Begins' cerita tentang pondan
Fizz menjelaskan babak dalam filemnya yang menampilkan lelaki berpakaian wanita itu hanya satu proses penyamaran sesuai dengan jalan cerita yang ditampilkan.
PM mahu program selawat diadakan di seluruh negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu program memperingati Rasulullah SAW seperti Majlis Darul Ehsan Berselawat 2.0 yang diadakan di Selangor diteruskan ke seluruh pelosok negara.
936 gambar tangkap layar sejarah layari laman sesawang lucah dalam telefon bimbit - Saksi
Juruanalisis Kanan Audio Video Polis Diraja Malaysia (PDRM) Latifah Abdul Aziz, 43, berkata daripada jumlah itu 146 gambar tangkap layar adalah berunsur lucah.
Berketurunan Maghribi, siapa Essam Muhammad, suami Mizz Nina?
Nina memaklumkan yang dia telah bernikah dengan Essam pada suku kedua 2023 dan merancang untuk mengadakan resepsi perkahwinan di Malaysia.
Pendakwah perlu lengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran - Pemangku Raja Perlis
Sebagai umat Islam kita semua mempunyai tanggungjawab untuk berkongsi keindahan Islam sesama umat manusia, titah baginda.
250 pendakwah terpilih sertai Du'at Al-Falah
Seramai 250 pendakwah terpilih menyertai Du'at Al-Falah iaitu sebuah gabungan pendakwah yang berperanan membimbing kefahaman masyarakat tentang teras pembinaan Malaysia MADANI.