Susulan pengumuman kerajaan yang membenarkan kedai gunting rambut dan salun beroperasi semula bermula 10 Jun, seorang pendandan rambut di sini dihujani panggilan telefon daripada pelanggan-pelanggan tetapnya yang mahu menjadi pelanggan pertama pada tarikh itu.
Hanya mahu dikenali sebagai Zul, 40-an, pendandan rambut dengan 24 tahun pengalaman itu berkata beliau menerima tempahan penuh pada hari berkenaan.
"Buku janji temu penuh dari 10 hingga 20 Jun ini.
"Ada pelanggan yang baru menamatkan tempoh kuarantin wajib 14 hari selepas tiba ke Malaysia dari luar negara turut mahukan saya mendandan rambutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Namun katanya beliau perlu meneliti prosedur operasi standard (SOP) terlebih dulu.
"Kedai gunting dan salun dandanan rambut memerlukan SOP yang berbeza. Perkara yang boleh digariskan dalam SOP adalah waktu operasi kedai gunting dan salun serta berapa lama seorang tukang gunting dan pendandan boleh menghabiskan masa dengan seseorang pelanggan," katanya lagi.
Ini kerana katanya kebanyakan lelaki memilih menggunting rambut di kedai gunting biasa dan tidak mengambil masa lama, berbeza dengan perkhidmatan di salun rambut dengan majoriti pelanggan adalah mereka yang mahu mewarna rambut dan lain-lain perkhidmatan yang boleh memakan masa sehingga tiga jam.
Beliau bagaimanapun bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana membenarkan kedai gunting dan salun rambut beroperasi semula setelah digantung sejak 18 Mac lepas susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
"Ada pelanggan lelaki saya yang kini terpaksa menggunakan cekak rambut kerana tidak dapat menggunting rambut sejak 18 Mac lepas," katanya.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan akan memantau pematuhan SOP apabila sektor gunting rambut dibenarkan beroperasi pada 10 Jun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 07 2020
Kementerian Kesihatan akan memantau pematuhan SOP apabila sektor gunting rambut dibenarkan beroperasi pada 10 Jun ini. - Gambar hiasan/https://www.pexels.com
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.
Dr Muhammad Radzi Ketua Pengarah Kesihatan baharu
Dr Muhammad Radzi menggantikan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang bersara baru-baru ini.