awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fenomena baharu di China: Aplikasi semak status hidup golongan solo
Piala FA: Liverpool pamer dominasi, tundukkan Barnsley 4-1
Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendapatan dari Singapura tidak dikenakan cukai - LHDN

Bernama
Bernama
10/03/2019
13:05 MYT
Pendapatan dari Singapura tidak dikenakan cukai - LHDN
Jika seseorang itu hanya menerima pendapatan penggajian dari Singapura, maka individu tersebut masih lagi tidak dikenakan cukai di Malaysia. - Gambar fail
Pendapatan daripada punca penggajian di Singapura tidak tertakluk kepada cukai yang dikenakan di Malaysia, demikian menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ketika menjelaskan perkara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Sabin Samitah berkata ini berikutan punca pendapatan di republik itu bukannya daripada punca penggajian di Malaysia.
"Bagi individu yang menetap di Malaysia melebihi tempoh 183 hari, beliau dianggap mempunyai status pemastautin bagi maksud (tujuan) percukaian di Malaysia di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.
"Bagaimanapun, sekiranya individu tersebut tidak menerima apa-apa pendapatan yang berpunca dari Malaysia dan hanya menerima pendapatan penggajian dari Singapura, maka individu tersebut masih lagi tidak dikenakan cukai di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Sabin mengulas laporan sebuah akhbar Bahasa Cina hari ini yang "mencetuskan kekeliruan berhubung pendapatan diterima daripada sumber di Singapura dan asas penentuan status pemastautin bagi tujuan dikenakan cukai pendapatan."
Jelas beliau, status pemastautin seseorang individu di Malaysia tidak akan menyebabkan semua pendapatan yang diterima itu secara automatik tertakluk kepada undang-undang percukaian di Malaysia.
Selain itu, sebarang punca pendapatan dari luar negara yang dibawa masuk ke Malaysia juga adalah dikecualikan cukai di bawah Perenggan 28, Jadual 6, ACP 1967 tersebut, katanya.
Sebarang maklumat lanjut boleh diperolehi dengan mengunjungi pejabat LHDN berhampiran atau menghubungi talian Hasil Care Line LHDNM 1-800-88-5436 atau 603-7713 6666 (luar negara).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cukai
#cukai pendapatan
#gaji singapura
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#LHDN
#pendapatan
#punca penggajian
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan