KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes menyeru kepada pendekatan yang lebih mampan untuk membantu industri penerbangan di rantau ini pulih daripada kesan sekatan pergerakan akibat pandemik COVID-19.
Sekatan perjalanan hanya boleh diterima pada peringkat awal wabak dan sejak dua tahun lepas, Malaysia telah belajar menguruskan COVID-19 dengan penggunaan topeng, penjarakan sosial serta vaksin.
"Apabila kes-kes mula berkurangan dan jejak penularan dapat dikesan, ia mewujudkan ruang pengkajian lebih mendalam mengenai virus berkenaan, seterusnya, hospital boleh bersedia dan vaksin diperkenalkan.
"Tetapi pengajaran utama yang meninggalkan kesan adalah kesia-siaan sekatan perjalanan jangka panjang," beliau berkata dalam akaun LinkedIn miliknya hari ini.
Fernandes menjelaskan bahawa sekatan perjalanan nampaknya masih kekal walaupun keperluannya tidak menampilkan perbezaan ketara.
"Selepas virus atau sesuatu varian bebas beredar dalam negara, apa-apa jangkitan yang diimport hanya mewujudkan sedikit perbezaan kepada beban penyakit tetapi rakyat lebih menderita akibat kesan sosial dan impak sekatan susulan sekatan perjalanan," katanya.
Katanya, satu lagi isu adalah orang masih mendapat kebenaran untuk menyeberangi sempadan seperti pekerja penting dan diplomat.
"Australia dan New Zealand mungkin berjaya melaksanakan sekatan perjalanan jangka panjang tetapi akhirnya menanggung kos yang amat besar khususnya ke atas hubungan global serta kesejahteraan rakyat mereka, ini tidak mampan.
"Pendekatan terbaik dan lebih mampan adalah untuk mempromosikan dasar kos efektif (vaksin serta penggalak) termasuk penggunaan logik," kata Fernandes.
Beliau menjelaskan, sekatan tidak boleh dikenakan hanya bagi memperlihatkan ketegasan, kerana sebarang langkah tersebut harus sentiasa bertujuan untuk dibuat penyesuaian dan mengurangkan gangguan. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 05 2022

Menurut Tony Fernandes, sekatan perjalanan nampaknya masih kekal walaupun keperluannya tidak menampilkan perbezaan ketara. - Gambar fail
Energy Asia 2025
Delivering Asia’s Energy Transition

Pemisahan untuk Tang Jie-Ee Wei untuk muhasabah diri - Rexy
Rexy menyifatkan tindakan memisahkan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei adalah untuk kedua-dua pemain itu bermuhasabah diri.

Ibu dan anak didakwa sebabkan kecederaan dua beradik lelaki
Seorang ibu dan anaknya mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menganiaya dua beradik lelaki sehingga menyebabkan kecederaan.

Rasionalisasi RON95: Golongan pendapatan rendah tidak terkesan - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan rasionalisasi subsidi RON95 yang akan dilaksanakan kelak tidak akan memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah.
[TERKINI] Gempa turut dirasai di beberapa negeri Semenanjung Malaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) maklumkan beberapa negeri di semenanjung Maalysia turut rasai gegaran gempa bumi yang berlaku di Myanmar.
[TERKINI] Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar
Gempa bumi kuat dengan bermagnitud 7.7 melanda tengah Myanmar pada Jumaat.
[TERKINI] Kepulangan yang dinanti..tidak kunjung tiba
Kepulangan untuk meraikan Syawal enam beranak dari Bukit Jalil, Kuala Lumpur ke kampung halaman di Taman Kota Jaya, Kota Tinggi Johor berakhir pilu apabila tiga daripadanya mereka terkorban dalam nahas jalan raya di Lenbuhraya Utara Selatan berdekatan Sedenak.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa Myanmar, gegaran turut dirasai di negara jiran
Gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda bahagian tengah Myanmar pada Jumaat, menyebabkan gegaran dirasai di beberapa negara jiran.

Raja Charles dirawat di hospital akibat kesan sampingan rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III "memerlukan tempoh pemerhatian singkat di hospital" selepas mengalami kesan sampingan daripada rawatan kansernya.

Doktor wanita Hospital Shah Alam maut dalam perjalanan pulang beraya ke Kelantan
Seorang wanita maut manakala lima lagi anggota keluarganya cedera dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Lebuhraya LPT2 Ajil-Telemong, awal pagi tadi.

AirAsia komited perkasa lebih banyak kerjasama dalam arena sukan negara
Syarikat penerbangan tambah murah itu akan cuba menyokong bakat tempatan dalam e-Sukan, UFC yang sudah berada dalam perancangan .

CEO FAM: Tokoh korporat paling layak, Tony Fernandes calon sesuai - Penganalisis
Tokoh korporat dilihat sebagai individu paling layak untuk mengisi kerusi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Capital A sedang bincang pembelian pesawat, sebahagian daripada strategi pengembangan
Ditanya mengenai berapa jumlah pesawat baharu yang dirancang untuk dibeli, Fernandes berkata ia bergantung kepada keputusan lembaga pengarah.

Capital A dijangka keluar daripada status PN17 menjelang suku pertama 2025 - Fernandes
Pelan tersebut, antara lain, termasuk pengurangan modal RM6 bilion, namun tidak akan menjejaskan kekerapan penerbangan atau manfaat pekerja.

AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.

Tony Fernandes terima Anugerah Penghargaan Pelancongan Sabah
AirAsia berkata pengiktirafan ini menghargai dedikasi Fernandes terhadap sektor pelancongan negeri sejak dua dekad lepas.

Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.

Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.

Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).

Thailand, AirAsia bincang tambah perjalanan udara
Thailand merancang menambah penerbangan keluar dan masuk yang menghubungkan bandar utama dan bandar lain bagi merangsang ekonomi.