BANGKOK: Pendekatan 'merakyat' Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyebabkan beliau dihormati dan sentiasa mendapat perhatian di persada antarabangsa, khususnya ketika melakukan lawatan rasmi ke luar negara.
Menteri Luar Datuk Seri Zambry Kadir berkata populariti Anwar jelas terlihat ketika lawatan rasmi Perdana Menteri baru-baru ini ke Indonesia, Brunei dan Singapura iaitu beliau mendapat sambutan meriah dalam kalangan diaspora Malaysia dan juga rakyat tempatan.
Beliau berkata Anwar yang merupakan seorang tokoh antarabangsa terutama di ASEAN serta sentiasa aktif dalam hal ehwal Islam serta hubungan antarabangsa, menyebabkan beliau popular dan disegani.
Zambry memberi contoh ketika lawatan rasmi ke Indonesia, ramai hadir untuk mendengar ucapan Anwar pada satu majlis kerana beliau sangat dihormati oleh masyarakat antarabangsa khususnya di ASEAN.
"Ketika lawatan rasmi, beliau (Anwar) akan mencari dan menjemput rakyat Malaysia untuk bersama dan mendengar suara mereka.
"Pada masa yang sama, beliau akan menyampaikan pandangan beliau tentang kedudukan negara," katanya pada sidang media sempena lawatan rasmi perdana menteri ke Thailand.
Anwar akan mengadakan lawatan rasmi pertama beliau ke Thailand selama dua hari bermula hari ini untuk bertemu rakan sejawatnya Prayuth Chan o-cha, bagi membincangkan isu-isu kerjasama dua hala yang mempunyai kepentingan bersama, di samping meneroka peluang kerjasama baharu.
Anwar dijangka akan menunaikan solat Jumaat di Islamic Centre of Thailand.
"Masyarakat Islam di sini juga teruja dengan lawatan rasmi perdana menteri yang akan bermula esok (Khamis). Ini satu petanda baik dalam konteks hubungan kedua-dua negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023

Zambry berkata Anwar yang merupakan seorang tokoh antarabangsa terutama di ASEAN serta sentiasa aktif dalam hal ehwal Islam serta hubungan antarabangsa, menyebabkan beliau popular dan disegani. - Foto fail/BERNAMA

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
Datuk Seri Najib dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sejak beberapa hari lalu, tetapi kini sudah kembali ke penjara.

Jawatankuasa Eksekutif Dasar Sekuriti Makanan mahu lebih banyak pihak beri input
Hasil mesyuarat akan dibawa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Aidilfitri.

Isu dua hala, kepentingan bersama disentuh dalam pertemuan PM dan Presiden Singapura
Perdana Menteri berkata ini adalah merupakan pertemuan kedua beliau bersama Presiden Republik itu.

Rancangan untuk kurangkan masa kelulusan pembangunan disambut baik - REHDA
Ia akan membantu mengurangkan kos pegangan pemaju dan membolehkan mereka menyalurkan penjimatan kepada pembeli hartanah.

Saf baru kepimpinan UMNO kukuhkan Kerajaan Perpaduan - Nazri
Mohamed Nazri menjelaskan pemimpin-pemimpin yang dipilih kali ini diakui setia dengan UMNO dan ia akan membantu untuk mengukuhkan kerajaan sedia ada.

60 syarikat multinasional bantu biaya projek rakyat, TVET - PM Anwar
Syarikat berkenaan antaranya menampung pembiayaan Program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan membantu dan melatih golongan muda.

Cagaran KWSP babit risiko minima kepada peminjam - PM Anwar
Cadangan untuk membolehkan pencarum membuat pinjaman bank dengan cagaran wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disifatkan mempunyai risiko yang minima kepada peminjam.

Pengecualian cukai: 'Boleh serah kepada parti, kepada pesawah padi. Saya pilih pesawah padi' - PM Anwar
Perdana Menteri ketika menjawab soalan Kee Chin menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Kerajaan nafi Guan Eng batal pengecualian cukai Yayasan Albukhari
Kerajaan menafikan tuduhan bahawa bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana - Anwar
Seramai 1,520 penjawat awam yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menyertai misi pascabanjir selama dua hari itu.

Konvensyen parti-parti Kerajaan Perpaduan akan diadakan, pastikan hala tuju seiring - PM
Konvensyen itu antara lain bertujuan untuk menentukan pemikiran dan dasar yang sama dalam parti-parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Tiada perbincangan agihan kerusi PRN - Anwar
Anwar memaklumkan, perbincangan secara teliti tidak dibuat namun menjangkakan ia akan diputuskan dalam masa terdekat.