awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendengaran kes rayuan enam individu bunuh Kevin Morais ditetapkan 7 Nov

Bernama
Bernama
20/07/2023
08:45 MYT
Pendengaran kes rayuan enam individu bunuh Kevin Morais ditetapkan 7 Nov
Mereka dihukum mati selepas disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais (gambar), tujuh tahun lalu. - Gambar fail/Jabatan Peguam Negara
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 7 Nov ini untuk mendengar rayuan enam lelaki yang dihukum mati selepas disabitkan dengan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, tujuh tahun lalu.
Jasmine Cheong, seorang daripada peguam yang mewakili bekas pakar patoloji, Kolonel Dr R. Kunaseegaran serta Kitson Foong, mewakili S. Ravi Chandaran, mengesahkan kepada Bernama tarikh pendengaran rayuan tersebut.
Tarikh tersebut ditetapkan semasa pengurusan kes hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar, Mahkamah Rayuan, Mohd Khairi Haron.
Sementara itu, Foong berkata mahkamah turut memberi arahan kepada pihak pembelaan dan pendakwaan untuk memfailkan hujahan masing-masing selewat-lewatnya pada 9 Okt dan hujahan jawapan selewat-lewatnya pada 23 Okt ini.
Beliau berkata mahkamah juga menetapkan satu lagi pengurusan kes pada 26 Okt ini.
Pada 10 Julai 2020, Kunaseegaran, 59, pemberi pinjaman wang S Ravi Chandaran, 51, dan empat penganggur R Dinishwaran, 30, A K Thinesh Kumar, 29, M Vishwanath, 32, serta S Nimalan, 29, dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas mereka didapati bersalah membunuh Morais.
Mereka didakwa membunuh Morais, 55, di satu lokasi di sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi hingga 8 malam pada 4 Sept 2015 .
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Kevin Morais
#kes bunuh
#Mahkamah Rayuan
#hukuman mati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan