awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendeposit boleh kemas kini maklumat peribadi melalui aplikasi THiJARI

Bernama
Bernama
22/12/2021
21:12 MYT
Pendeposit boleh kemas kini maklumat peribadi melalui aplikasi THiJARI
TH telah menambah baik platform digital supaya pendeposit dapat mengemas kini maklumat peribadi secara dalam talian agar maklumat pendeposit sentiasa terkini dan memudahkan urusan mereka pada masa hadapan. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pendeposit kini dapat mengemas kini maklumat peribadi menerusi aplikasi THiJARI tanpa perlu hadir ke Pejabat Tabung Haji (TH) Cawangan, bermula Rabu.
Pengurus Besar Digitalisasi Perniagaan TH Mohamed Ameen Abdul Wahab dalam kenyataan berkata antara maklumat peribadi yang boleh dikemas kini secara dalam talian ialah gelaran, e-mel, alamat tetap dan surat-menyurat, nombor telefon rumah dan pejabat, status perkahwinan, nombor akaun bank dan lain-lain yang boleh dirujuk melalui laman web TH.
"TH komited menyediakan perkhidmatan terbaik dan mesra pelangan kepada para pendeposit termasuklah urusan dalam talian menerusi aplikasi THiJARI. Kesan daripada pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara, para pendeposit lebih memilih untuk berurusan secara dalam talian.
"Sehubungan itu, TH telah menambah baik platform digital supaya pendeposit dapat mengemas kini maklumat peribadi secara dalam talian agar maklumat pendeposit sentiasa terkini dan memudahkan urusan mereka pada masa hadapan," katanya.
Mohamed Ameen yang juga Pemangku Pengarah Eksekutif Operasi TH berkata sekiranya pendeposit mahu mengemas kini nombor telefon bimbit berdaftar, mereka dihendaki hadir ke Pejabat TH Cawangan berdekatan dan ini adalah selaras dengan polisi Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan Electronic Know-Your-Customer (e-KYC).
Katanya, e-KYC bertujuan untuk pengesahan diri bagi mengurangkan risiko transaksi secara maya atau tidak bersemuka selain memastikan pendaftaran nombor telefon bimbit adalah terkawal.
Sehingga kini, THiJARI telah merekodkan purata 50,000 transaksi sehari dan 1.5 juta transaksi sebulan melibatkan nilai deposit lebih daripada RM200 juta melalui dalam talian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#dalam talian
#THiJARI
#kemas kini maklumat peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan