BERA: Kerajaan sentiasa menekankan pembelaan terhadap masyarakat Orang Asli di seluruh negara termasuk dalam aspek pendidikan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Antara inisiatif yang dilaksanakan untuk kemajuan pendidikan mereka ialah Program Laluan Khas Kemasukan Pelajar Orang Asli ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang bakal dilaksanakan tahun depan.
"Ruang dan peluang sebegini dapat membuka peluang lebih cerah kepada anak Orang Asli untuk melanjutkan pelajaran, dan kita yakin dapat menyaksikan lebih ramai anak Orang Asli berjaya sebagai profesional daripada UPNM.
"Atas paksi falsafah Keluarga Malaysia juga, keberkesanan dan keterangkuman masyarakat Orang Asli menjadi agenda penting agar mereka dapat bersama-sama memikul tanggungjawab membangunkan negara menerusi perkongsian semangat satu tanah air tercinta," katanya.
Perdana Menteri berkata bantuan pendidikan, yang dihentikan di bawah kerajaan Pakatan Harapan, telah disambung semula dengan peruntukan tambahan untuk membantu pendidikan anak Orang Asli.
"Kita juga mempermudahkan pembelajaran anak Orang Asli yang tinggal jauh di pedalaman dengan menyediakan kemudahan asrama... dahulu kita ada sekolah K9 (Sekolah Model Khas Komprehensif) namun, peluang itu ditambah dengan sekolah K11 (Sekolah Model Khas Komprehensif 11).
"Kita mahu melihat lebih ramai anak Orang Asli belajar sehingga ke peringkat luar negara, bukan hanya mempunyai ijazah sarjana namun sehingga dapat mengenggam ijazah doktor falsafah (PhD)," kata beliau.
Ismail Sabri berkata pembelaan untuk Orang Asli juga dapat dilihat menerusi peruntukan bagi golongan tersebut dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Bajet 2022.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis tinjauan mesra sempena Program Khidmat Komuniti Bersama UPNM dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) di Sekolah Kebangsaan Bukit Rok di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Dr Mah Hang Soon, Ketua Pengarah JAKOA Sapiah Mohd Nor dan Naib Canselor UPNM Leftenan Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah.
Perdana Menteri berkata semasa menerajui Kementerian Luar Bandar dan Wilayah pada 2018, beliau melantik Ketua Pengarah JAKOA daripada kalangan masyarakat Orang Asli iaitu Datuk Ajis Sitin.
Mengenai Program Khidmat Komuniti Bersama UPNM dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) itu, Ismail Sabri berkata program khidmat komuniti berkonsepkan Service-Learning Malaysia University for Society atau SULAM itu bersifat serampang dua mata iaitu membantu masyarakat setempat dan membentuk sahsiah serta peribadi mahasiswa terlibat.
"Program sebegini juga mendedahkan mahasiswa dengan kemahiran memahami budaya setempat yang amat diperlukan kerana mereka bakal menjadi pemimpin selain pencetus perubahan masa depan setelah menamatkan pengajian dan berkhidmat dalam sektor kerajaan mahupun swasta," katanya.
Program itu, yang berlangsung sejak seminggu lepas, disertai 50 penuntut perubatan dan 15 pensyarah Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan UPNM bertujuan memberi pendedahan berkaitan tahap kesedaran kesihatan wanita dan kanak-kanak.
Ismail Sabri turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman kerjasama strategik antara UPNM dan JAKOA serta penyerahan replika cek bernilai RM90,840 daripada JAKOA kepada universiti itu bagi menaja empat pelajar Orang Asli.
JAKOA membiayai 983 pelajar Orang Asli dalam pelbagai bidang dan peringkat pendidikan dengan kos lebih RM4.2 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021
Perdana Menteri berkata bantuan pendidikan, yang dihentikan di bawah kerajaan Pakatan Harapan, telah disambung semula dengan peruntukan tambahan untuk membantu pendidikan anak Orang Asli. - Foto BERNAMA
Demam Formula 1 landa Monaco hujung minggu ini
Selepas sesi kelayakan pada Sabtu, pusingan kelapan di Monaco akan bermula pada 1300 GMT pada Ahad.
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
[KOLUMNIS] Dasar pendidikan tinggi Malaysia jadi ikutan negara luar
Saya berpeluang menyertai delegasi YB Dato Seri Diraja Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) dalam siri lawatan kerjanya ke UK, 16-22 Mei. Ini kali pertama saya bersama beliau untuk misi
Anwar tiba di Tokyo untuk lawatan kerja tiga hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Tokyo pada Rabu sekitar jam 8:54 malam waktu tempatan dengan pesawat khas dari Kuala Lumpur.
Malaysia jadi negara contoh ‘best practice’ perkembangan digital, teknologi AI
Malaysia dijadikan salah satu negara contoh yang mempunyai best practice bagi memastikan aspirasi digital dan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dapat dijayakan.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Bina ekosistem AI, segera rencana pendekatan pendidikan - PM
Tenaga pengajar dan para profesor disaran berinteraksi bagi meningkatkan mutu kemahiran dalam sistem pendidikan.
Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
YLTAT, GTA dan UniKL jalin kerjasama pemantapan pendidikan, kemahiran
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JEBAT YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan memantapkan kelestarian pendidikan.
TVET perlu jadi pencetus perubahan kepada sistem pendidikan negara - TPM
Katanya, kursus TVET perlu dijadikan pilihan utama pelajar dan ibu bapa untuk pendidikan di peringkat tertiari.
Fakulti AI pertama negara dirasmikan 10 Mei ini - Zambry
Di peringkat permulaan, Fakulti Kecerdasan Buatan bermula di UTM dan ada juga konsortium dengan universiti yang lain juga.
Reformasi pendidikan: 'Jangan tambah subjek, beri penekanan interaksi sosial'
Pelajar di peringkat sekolah rendah seharusnya tidak dibebankan dengan terlalu banyak mata pelajaran dalam usaha meningkatkan aspek kualiti dan kecekapan.