KUALA LUMPUR: Biarpun universiti sudah diberi ruang yang luas untuk meneroka potensi mahasiswa, namun ia dibantutkan oleh kebanyakan pimpinan universiti yang tidak berani bergerak ke hadapan.
Exco Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (GERAK), Wan Abdul Manan Wan Muda berkata, contoh paling mudah adalah posisi naib canselor yang adakalanya diisi oleh mereka yang hanya memikirkan tentang kedudukan mereka tanpa mengambil kira keperluan masa depan negara untuk melahirkan pemimpin yang berintelek.
Jelasnya, ramai yang terpedaya dengan eksploitasi kapitalis berkaitan isu ranking universiti, sehingga mereka menjadi taksub mengejar kuantiti berbanding kualiti.
"Kadangkala kita kena bayar, nak berada dalam ranking (sebagai contoh) kita harus ada penerbitan yang banyak. Jadi universiti masih kekal melihat pada kuantiti dan bukan kualiti.
"Untuk melahirkan intelektual yang jitu, kita harus ada kualiti yang baik tetapi setakat ini kita hanya banyak dari segi bilangan penerbitan.
"Bilangan yang banyak akan lebih kelihatan. Kalau dalam air kita campak banyak sampah, jadi sampahlah yang timbul ke permukaan.
"Mereka (IPT) sudah diberi kebebasan, ada autonomi tapi sesetengah tak guna autonomi sepenuhnya untuk membawa institusi mereka ke arah lebih tinggi, ini salah satu kelemahan.
"Bagus juga perdana menteri mengingatkan mereka, seolah-olah kena rotan supaya mereka terus berjalan ke hadapan," katanya ketika muncul sebagai tetamu dalam Pantau Agenda Reformasi, pada Jumaat.
Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat yang mahukan kepimpinan universiti diberi lebih ruang untuk memikirkan idea baharu supaya dapat meneroka dunia pendidikan seiring dengan negara-negara lain.
Dalam masa yang sama, Wan Abdul Manan juga berpendapat Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) perlu dihapuskan kerana ia tidak menambah nilai kepada pembentukan pemimpin masa depan.
Ini kerana ujarnya, penyertaan dalam kursus tertentu dan pemilikan sijil bukan cara terbaik bagi melahirkan pemimpin masa depan yang berintelek dan berani mengambil risiko.
Madiha Abdullah
Fri Jan 05 2024
Ramai yang terpedaya dengan eksploitasi kapitalis berkaitan isu ranking universiti, sehingga mereka menjadi taksub mengejar kuantiti. - Gambar fail/Bernama
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Pendidikan tinggi: Kepimpinan IPT tidak berani ambil risiko, lebih fikir kuantiti
Ramai yang terpedaya dengan eksploitasi kapitalis berkaitan isu ranking universiti, sehingga mereka menjadi taksub mengejar kuantiti berbanding kualiti.
Mahasiswa, tenaga pengajar dan pentadbir fokus Zambry pacu pendidikan tinggi
Tiga komponen utama iaitu mahasiswa, tenaga pengajar dan pentadbir akan diberi tumpuan dalam memacu institusi pendidikan tinggi negara.
KPT anjur Program JOM MASUK U di enam zon
KPT akan menganjurkan Program JMU2023 bermula 20 Mei hingga 5 Jun ini di enam zon bagi mempromosi maklumat mengenai program pendidikan yang ditawarkan IPT di bawah kementerian itu.
PKP 2.0: Operasi IPT kekal seperti yang diumumkan sebelum ini - KPT
Semua pelajar yang berada di kampus perlu kekal di kampus masing-masing dan mengikuti pembelajaran secara hibrid.
#SiswaJagaSiswa: Twitter dibanjiri bantuan kepada pelajar terkandas
Susulan pengumuman itu, beberapa penuntut IPT dilaporkan tidak dapat pulang ke rumah, malah tidak tahu mana hendak dituju.
Kursus dalam talian meningkat, peluang IPT tingkat pasaran global
Semasa bulan April, kita (BAC Education Group) mendapat 600 penuntut baharu dan kebanyakan mereka datang secara dalam talian.
10 berita pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 27 April 2020.
Universiti sebagai pemetaan bakat akademik dan pembangunan kesarjanaan
Institusi pendidikan tinggi ditubuhkan di semua negeri supaya budaya ilmu dapat dikembang secara menyeluruh dan bersifat inklusif.
Akta ganti AUKU digubal, beri autonomi dan kebebasan akademik
Langkah itu termasuk mengadakan satu struktur tadbir urus baharu serta struktur pembiayaan yang lebih efisien dan mapan dalam usaha untuk meraikan kebebasan akademik dan autonomi di universiti.