Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) melahirkan rasa terkejut dan kurang senang dengan kenyataan media berhubung hudud yang dibuat Badan Peguam pada Jumaat.
Presidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata kenyataan bertajuk “Hudud is Unconstitutional, Discriminatory and Divisive” (Hudud Adalah Tidak Mengikut Perlembagaan, Mendiskriminasi dan Memecahbelahkan) itu kurang tepat dan dipercayai tidak mencerminkan pandangan majoriti anggota badan itu.
Menurut Zainul Rijal, walaupun kenyataan media Badan Peguam itu betul apabila mengatakan bahawa istilah ‘negara Islam’ tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun pada masa yang sama ia juga tidak menyatakan bahawa negara ini sekular.
"Sekularisme bermakna ‘tidak memberi perhatian pada penolakan atau pengecualian agama dan pertimbangan keagamaan’.
“Sedangkan Perlembagaan Persekutuan mengiktiraf peranan dan kedudukan agama dalam Persekutuan. Ini bermakna Islam ialah agama Persekutuan, namun sebarang agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan.
“Maka, kenyataan media Badan Peguam itu yang menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah sekular adalah satu kesilapan nyata,” ujar beliau.
Zainul Rijal antara lain turut memetik beberapa kes untuk menyokong kenyataan PPMM itu seperti kes Che Omar bin Che Soh vs Pendakwa Raya [1988] dan juga kes Menteri Dalam Negeri & Ors vs Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur [2013].
Zainul Rijal mengalu-alukan perkembangan positif dalam Sidang DUN Kelantan baru-baru ini, dan menyifatkan politik matang yang wujud dalam Persekutuan adalah suatu petanda positif.
Menurutnya, kematangan itu dibuktikan dengan anggota sidang DUN dari kedua-dua belah pihak, seperti PAS dan UMNO, boleh bekerjasama dalam perkara yang penting bagi rakyat dan mengambil tindakan tegas demi kesuburan demokrasi, sekurang-kurangnya di negeri Kelantan,” ujar beliau.
“PPMM mencabar Badan Peguam untuk menjelaskan pendirian mereka, bagaimanakah kelulusan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993) 2015 oleh Kelantan dan pelaksanaan hudud dianggap sebagai tidak mengikut Perlembagaan?
“Dengan Badan Peguam mengatakan enakmen itu tidak mengikut Perlembagaan, maka satu-satunya rumusan yang boleh dibuat di sini adalah pendirian negatif Badan Peguam terhadap hudud juga tidak mengikut Perlembagaan!” tegas Zainul Rijal.
Astro Awani
Sat Mar 21 2015

ZAINUL RIJAL: Kenyataan media Badan Peguam yang menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah sekular adalah satu kesilapan nyata.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Nilai ringgit dibuka mendatar pagi ini berbanding dolar AS menjelang mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM.

JAIS rangka garis panduan selaras kadar urus jenazah
Usaha tersebut dirangka bagi memastikan kos pengurusan jenazah lebih seragam dan selaras.

Warga emas maut, kereta dipandu lawan arus kemalangan
Mangsa berusia 72 tahun memandu kereta jenis Proton Wira secara melawan arus lalu bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda City.

PM Ismail Sabri adakan lawatan ke Turkiye atas jemputan Presiden
Semasa lawatan itu, kedua-dua pemimpin dijangka menyentuh mengenai kerjasama pascapandemik COVID-19.

Kejohanan Wimbledon: Djokovic lepasi ujian getir Van Ritjhoven untuk ke suku akhir
Juara bertahan itu tewas dalam set kedua sebelum menang 6-2, 4-6, 6-1, 6-2 dalam perlawanan pusingan keempat.

Lima negara bincang isu jerebu rentas sempadan
Mesyuarat itu melibatkan menteri-menteri Alam Sekitar dari lima negara di selatan rantau ASEAN.

'Minyak subsidi banyak dijual di Selatan Thailand'
Di Narathiwat, Sungai Golok, Weng, Sungai Padi tiada pembelian dihadkan untuk minyak masak peket satu kilogram.

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkanTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempunyai gangguan psikologi. Ini gara-gara dakwaan Nur Jazlan terhadap menteri dari Pas yang gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Badan Peguam Malaysia bantah permohonan Laidlaw untuk wakili Najib di mahkamah
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah disifatkan memiliki lebih banyak pengalaman, dan lebih layak berbanding Jonathan Laidlaw.

Kes tunggakan cukai: Badan Peguam Malaysia mohon jadi 'amicus curiae' dalam rayuan Najib, Nazifuddin
Badan Peguam Malaysia memohon untuk menjadi 'amicus curiae' atau sahabat mahkamah dalam prosiding kebenaran merayu yang difailkan Datuk Seri Najib Tun Razak dan anak lelakinya Datuk Mohd Nazifuddin.

Badan Peguam gesa kerajaan benarkan firma guaman beroperasi semasa PKP
Profesion perundangan tidak boleh menjalankan operasi seperti kebiasaan seperti yang dilakukan sebelum pandemik ini.

Badan Peguam Malaysia gesa badan kehakiman pertimbangkan semula arahan e-filing
Ahli Badan itu berdepan kesukaran untuk mematuhi tarikh akhir bagi pemfailan kes baharu dan dokumen lain di mahkamah menerusi e-filing susulan pelaksanaan perintah itu.

Badan Peguam Malaysia gesa kerajaan tubuh IPCMC dengan segera
Badan Peguam Malaysia menggesa kerajaan supaya menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) dengan segera.

Bincang MA63 berdasarkan IGC - Abang Johari
Katanya, Sabah dan Sarawak sudah diiktiraf sebagai rakan kongsi setara dalam pembentukan Malaysia dan justeru bilangan anggota jawatankuasa itu mestilah sama.

Badan Peguam Malaysia gesa kerajaan segera tubuh IPCMC
Badan Peguam Malaysia hari ini menggesa kerajaan menunaikan janjinya dan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tanpa berlengah lagi.

Badan Peguam ucap tahniah pelantikan Hakim Besar Malaya
Presidennya George Varughese berkata Badan Peguam berharap untuk bekerjasama dengan Zaharah.

Badan Peguam Malaysia gesa kerajaan tubuh Suruhanjaya Kanak-Kanak
Badan Peguam Malaysia menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai badan untuk mengkaji perkahwinan kanak-kanak bawah umur dan isu lain berkaitan kanak-kanak di Malaysia.

Badan Peguam Malaysia alu-alukan peletakan jawatan Raus dan Zulkefli
Dengan peletakan jawatan mereka, boleh dianggap bahawa pelantikan mereka sebagai Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.