Penduduk Alor Gajah yang terjejas akibat banjir di daerah ini pada minggu ini memohon pihak bertanggungjawab supaya tidak terus membiarkan bencana banjir menjadi 'acara tahunan'.
Mohd Zamani Nordin, 29, juruteknik syarikat swasta yang tinggal di Taman Seri Bayu 2 di sini, berkata banjir di kawasan tempat tinggalnya berulang kembali pada akhir 2015 dan sejak itu keluarganya terpaksa berpindah.
"Beberapa tahun lepas ada projek mendalamkan beberapa sungai di kawasan ini dan sejak itu lama sudah tidak banjir, tetapi mula akhir 2015 jadi balik banjir dan bulan Februari tahun lepas jadi lagi, lepas tu sekarang jadi lagi.
"Kali ini nampak tidak seteruk tahun lepas tetapi kami terpaksa juga berpindah kerana bimbang keselamatan, harap lepas ini tidak kena pindah kerana kalau tiap tahun pindah susah kami jadinya," katanya kepada Bernama.
Pada 7 Feb tahun lepas, seramai 1,491 orang di daerah ini dipindahkan akibat banjir, dan jumlah teramai mangsa dipindahkan dalam banjir baru-baru ini adalah 210 orang pada 8 pagi semalam, sebelum semua mangsa dibenarkan pulang pada pukul 1.30 petang semalam.
Pekebun sayur Herman Syuib, 42, yang mengusahakan kebun sayur di Kampung Panchor dekat sini, berkata dia mengalami kerugian kira-kira RM10,000 setiap kali banjir melanda di kawasan itu.
"Barang kita boleh letak tinggi, orang boleh pindah tetapi sayur saya tanam mana boleh pindah atau letak tinggi. Saya bukan pekebun besar cuma kecil-kecil jadi susah juga hendak 'rolling' balik kalau rugi akibat banjir, kalau setiap tahun begini susah saya dan orang kampung," katanya.
Herman berkata berdasarkan pemerhatiannya, masalah penyelenggaraan saliran antaranya sungai yang terletak di kampung yang dipenuhi lalang dan tumbuhan lain terutama di kawasan tebing, dipercayai menjadi antara penyebab banjir.
S. Nirmala, 21, pelajar institusi pengajian tinggi yang tinggal di Taman Awan Biru di sini, berkata kediaman keluarganya dilanda banjir lumpur dan air naik dengan begitu cepat.
Katanya hujan lebat kira-kira dua jam pada Khamis lepas menyebabkan air naik dengan begitu cepat dan dia bersama keluarganya terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir sebelum dibenarkan pulang sekitar tengah hari semalam.
"Penduduk kawasan ini kata banjir lumpur dan air naik dengan cepat ini selalunya ada masalah dengan saliran, mungkin ada yang tersumbat atau tidak diselenggara betul. Minta tolong banyak kepada pihak bertanggungjawab jangan biar setiap tahun jadi begini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 01 2017
Situasi banjir di Alor Gajah membantutkan banyak kegiatan harian manusia termasuk perniagaan, pekerjaan dan pendidikan. - Gambar fail
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Warga emas dilapor hilang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menghadapi kesukaran kerana arus sungai deras.
Pekerja kontraktor TNB maut dirempuh pemandu mabuk
Muhammad Syairazi yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ajal pulang kerja, pemuda maut dihempap pokok tumbang
Seorang pekerja kilang yang dalam perjalanan pulang ke rumah maut selepas motosikal ditunggangnya dihempap pokok tumbang di Alor Gajah.
'Al-Fateh tunggu 'mommy' di syurga ya'
Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang berusia lapan bulan meninggal dunia ketika berada dalam jagaan pengasuh di sebuah Taska di Alor Gajah.
Bayi lapan bulan maut, taska tidak berdaftar dengan JKM
Taska di Taman Kelemak Utama yang menjadi lokasi seorang bayi lelaki berusia lapan bulan meninggal dunia dipercayai ditekup dengan bantal disahkan tidak berdaftar dengan JKM.
Banjir kilat: Sebuah PPS dibuka di Alor Gajah
PPS di Balai Raya Bukit Balai dibuka pada 11.30 malam tadi, menempatkan mangsa dari Kampung Bukit Balai dan Kampung Bukit Tambun.
Enam ekor lembu mati dilanggar treler
Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di Alor Gajah pagi tadi.
Suami isteri maut gara-gara kereta masuk laluan bertentangan
Kereta Proton Saga yang dipandu pelajar lelaki berusia 20 tahun telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal dinaiki mangsa.
Satu PPS di Alor Gajah dibuka, tempatkan 51 mangsa banjir
Mangsa terdiri daripada 13 keluarga dari sembilan kampung di daerah Alor Gajah, ditempatkan di Balai Raya Balik Balai.
Lebih 50 rumah terjejas akibat banjir kilat di Melaka
Sekurang-kurangnya 57 rumah penduduk di Melaka Tengah dan Alor Gajah terjejas akibat banjir kilat susulan hujan lebih dua jam sejak pukul 3 petang tadi.