MACHANG: Penduduk di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong di sini meluahkan kebimbangan berhubung keadaan bahaya di simpang empat Kuari Bukit Buloh yang kerap berlaku kemalangan termasuk membabitkan kematian.
Seorang penduduk, Noryana Mat, 52, berkata, lokasi simpang empat tersebut acap kali berlaku kemalangan membabitkan pelbagai jenis kenderaan kerana keadaan persimpangan jalan itu sendiri yang sangat luas.
Katanya, jalan berkenaan juga sentiasa sibuk dengan kenderaan yang keluar masuk selain menjadi laluan utama lori membawa muatan batu dari kuari.
“Simpang empat ini tidak ada lampu isyarat sedangkan ratusan lori termasuk treler keluar masuk ke empat kuari yang terletak dalam jarak 1.5 kilometer dari simpang ini.
“Selama 23 tahun saya berniaga kedai makan di tepi simpang empat ini, saya sudah melihat banyak kemalangan yang berlaku di depan mata sendiri,” katanya ketika ditemui di Pulai Chondong di sini, pada Isnin.
Seorang lagi penduduk, Mohd Razali Zakaria, 54, berkata, kawasan jalan di simpang empat tersebut tidak mempunyai papan tanda amaran yang mencukupi selain gelap pada waktu malam.
“Kalau bina lampu isyarat mungkin tidak sesuai kerana jalan sedikit menuruni bukit. Cadangan lain boleh adakan garisan kuning supaya pemandu perlahankan kenderaan ketika melalui jalan ini.
“Boleh juga tambah lebih banyak papan tanda amaran dari semua arah supaya pengguna jalan raya lebih berhati-hati ketika menghampiri simpang empat ini,” katanya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pengangkutan.
Sementara itu, seorang pemandu lori, Mohd Salleh Iberahim, 59, berkata, sudah 30 tahun dia memandu kenderaan berat iaitu lori 13 tan membawa muatan batu anggaran sehingga 19 tan dari kuari untuk dihantar ke serata Kelantan.
“Saya guna laluan ini empat hingga lima trip sehari dan memang diakui simpang ini sangat berbahaya kepada semua pengguna jalan raya.
“Saya amat berhati-hati ketika memandu lori keluar dari simpang ini untuk mengelakkan kemalangan seperti yang berlaku kepada rakan-rakan pemandu lori yang lain,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung Mukim Gading Galoh, Muhd Sadiqi Zakaria berkata, beliau sedia maklum perkara itu dan mengambil tindakan serius untuk menyelesaikannya segera.
“Kami menerima aduan hingga empat kali seminggu berkaitan keadaan bahaya di jalan ini dan setiap aduan dipanjangkan ke pihak atasan.
“Kami akan adakan perbincangan dengan pihak yang berkaitan untuk memperhalusi setiap cadangan bagi mendapatkan penyelesaian yang sesuai berkait permasalahan ini,” katanya.
Antara kejadian kemalangan maut di lokasi tersebut berlaku pada Oktober lalu membabitkan penunggang motosikal, Mohamad Azizi Mohamad, 19, dan pembonceng yang juga rakan karibnya, Muhammad Nur Aqashah Danial Muhammad, 16.
Kedua-duanya maut apabila motosikal mereka berlanggar dengan sebuah lori tiga tan di simpang empat tersebut. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Nov 22 2022
Muhd Sadiqi (kiri) menunjukkan keadaan di persimpangan Kuari Bukit Buloh, Machang. - Foto Sinar Harian
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penduduk bimbang simpang kerap berlaku kemalangan
Lokasi simpang empat tersebut acap kali berlaku kemalangan membabitkan pelbagai jenis kenderaan.