awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia-India berpotensi jadi suara dialog serantau - PM Anwar
Sekurang-kurangnya 20 kanak-kanak Sudan maut pada Januari - UNICEF
Pilihan Raya Datuk Bandar KL: 'Tunggu kajian UIAM' - Kor Ming
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk degil alih penghadang tutup laluan tikus di kawasan PKPD

Bernama
Bernama
24/05/2021
12:50 MYT
Penduduk degil alih penghadang tutup laluan tikus di kawasan PKPD
Laluan itu telah ditutup dengan lima batang cerucuk namun polis mendapati laluan itu telah dibuka semula oleh penduduk. - Gambar/ Sinar Harian
TAIPING: Polis mendapati penghadang yang diletakkan di satu daripada laluan tikus yang digunakan penduduk untuk keluar masuk kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah dirosakkan, tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Taiping ACP Osman Mamat berkata lokasi itu dikesan digunakan sebagai laluan tikus bagi menghubungkan penduduk dari Taman Simpang Bakti dan Taman Kota Permai untuk keluar ke Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth dekat Simpang pada Ahad lepas.
"Laluan itu telah ditutup dengan lima batang cerucuk namun pasukan pemantauan polis mendapati laluan itu telah dibuka semula oleh penduduk.
"Kita segera menutup semula lokasi berkenaan bagi menghalang penduduk keluar dan masuk melalui jalan itu dan menasihatkan penduduk supaya mematuhi PKPD dalam usaha menyekat penularan COVID-19 yang semakin meningkat di Mukim Taiping," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Osman berkata penduduk dipercayai bertindak demikian berikutan terdapat tiga Sekatan Jalan Raya (SJR) didirikan di Jalan Air Puteh, Jalan Air Kuning dan Simpang sepanjang tempoh PKPD di Mukim Taiping.
Menurut beliau, pengesanan lokasi itu menjadikan sebanyak 17 laluan tikus di Mukim Taiping setakat ini yang mana 16 lagi dikesan sebelum ini telah dipasang kawat berduri serta kon penghalang bagi mengelak orang ramai keluar dan masuk ke kawasan itu.
Mukim Taiping di Daerah Larut Matang dan Selama antara empat mukim di Perak yang dikenakan PKPD bermula 22 Mei hingga 4 Jun selain Mukim Pengkalan Hulu di daerah Hulu Perak, Mukim Hulu Kinta meliputi Ipoh, Lahat, Chemor dan Tanjong Rambutan di daerah Kinta serta Mukim Hulu Bernam Timur di daerah Muallim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Taiping
#Taman Kota Permai
#Simpang
#PKPD
#penduduk degil
#penghadang
#laluan tikus
#dirosakkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan