SIBU:Penduduk di 11 kawasan di Bahagian Sibu yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) akan menerima bantuan makanan, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu, penghantaran akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Rabu ini iaitu 20 Januari dan melibatkan 73,000 isi rumah dari Sibu, Kanowit dan Selangau.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kecil Rantaian Bekalan Makanan Sarawak menjelaskan, pihaknya akan bekerjasama dengan 11 agensi berkaitan bagi melancarkan operasi berkenaan. Ini termasuk menyalurkan bantuan buat penduduk di pedalaman.
"Kami akan meminta bantuan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia bagi mengedarkan bantuan makanan kerana terdapat beberapa kawasan yang memerlukan helikopter kerana (akses) bergantung dengan jalan balak dan perlu menaiki perahu," katanya dalam satu sesi sidang media di Wisma Sumber Alam di Kuching pada Isnin.
Tambahnya, ketika ini beliau akan berhubung dengan jawatankuasa di peringkat dasar untuk mengemas kini data berkenaan dengan penduduk yang terjejas agar operasi itu dapat dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
"Pihak kami juga akan memastikan bahawa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bantuan makanan akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
"Ini termasuk mereka yang mengharapkan bantuan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) ataupun Badan Bukan Kerajaan (NGO ) kerana saya tidak mahu ada yang tercicir daripada mendapat bantuan ini," tegasnya.
Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilanjutkan dari 16 hingga 29 Januari 2021 melibatkan daerah Sibu, Kanowit dan Selangau.
Langkah ini diambil susulan peningkatan kes di Bahagian Sibu dan di atas kekhuatiran penularan kes dalam kalangan kontak rapat kluster sedia ada.
Nuzuluddin Abdul Razak
Mon Jan 18 2021

Awang Tengah yang juga merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Rantaian Bekalan Makanan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, beliau memberi jaminan tidak ada yang akan tercicir daripada menerima bantuan itu. - Gambar Astro AWANI

KPT tubuh jawatankuasa khas tangani masalah sosial mahasiswa
KPT menubuhkan Jawatankuasa Tindakan Khas Menangani Masalah Sosial Mahasiswa bagi meneliti dan menangani masalah sosial semasa dalam kalangan mereka.

Sidang Parlimen dan darurat: Satu tinjauan perundangan
Sekiranya Parlimen dipanggil untuk bersidang semula, ahli-ahli Parlimen haruslah menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk berperanan sebagai medium semak dan imbang'.

Ketepikan perbezaan, terus bersatu menentang COVID-19 - Halimah Sadique
Katanya, rata-rata rakyat Malaysia kekal teguh sebagai sebuah masyarakat dan ia perlu diteruskan sehingga peperangan menentang musuh halimunan tersebut selesai.

Operasi penguatkuasaan perlu ada empati
Dalam kerangka peraturan WBB yang lebih longgar, pihak berkuasa harus juga menerapkan sikap dan pendekatan yang fleksibel dalam menangani ketidakpatuhan.

MyCC kenakan denda RM10.3 juta terhadap Dagang Net
Dagang Net Technologies Sdn Bhd telah menyalahgunakan kedudukan dominannya melalui perjanjian secara eksklusif.

COVID-19: Rakyat Malaysia antara dua kes baharu penularan tempatan di Singapura
Lelaki itu yang tiba dari Malaysia pada 23 Dis tahun lepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada 22 Jan dan dos kedua pada 14 Feb.

AWANI Ringkas: Pesakit COVID-19 boleh diarah pakai gelang pengesan

"Tidak sedar sudah selesai" - Reaksi Ismail Sabri selepas menerima suntikan pertama vaksin COVID-19
Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan berita palsu berhubung keselamatan vaksin.

COVID-19: Denda RM10,000 langgar PKP keterlaluan dan kejam - Hannah Yeoh
Beliau menyifatkan hukuman yang diumumkan Menteri Kanak Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu sebagai kejam dan keterlaluan.

130 'frontliners' termasuk pengamal media terima vaksin di KK Kota Samarahan hari ini
Klinik Kesihatan (KK) Kota Samarahan antara empat KK yang akan melakukan proses vaskinasi melibatkan 130 petugas barisan hadapan hari ini.

Penduduk di kawasan PKP di Sarawak akan terima bantuan makanan Rabu ini
Usaha penyaluran bantuan ini akan melibatkan penduduk di 11 kawasan termasuk yang berada di kawasan pedalaman.