awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony dianugerah paten alat kawalan permainan dengan permukaan sentuhan penuh
Kes saman KDA FC selesai: SUA MB Kedah mohon maaf kepada Mohd Daud
Lima strategi berfokus perkasa Wilayah Persekutuan - Hannah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk disyaki dijangkiti MERS-CoV di bawah pengawasan, bukan dikuarantin

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2014
04:06 MYT
Penduduk disyaki dijangkiti MERS-CoV di bawah pengawasan, bukan dikuarantin
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. -Gambar Fail
Kementerian Kesihatan Malaysia berkata 64 penduduk kampung Bintang Laut, Batu Pahat, Johor diletak di bawah pengawasan di rumah dan bukan dikuarantin seperti yang disiarkan beberapa media tempatan.
Ini susulan satu kes kematian yang disahkan Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS-CoV) pada 13 April lepas.
"Merujuk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), istilah 'kuarantin' memberi maksud pengasingan atau pemerhatian yang dijalankan dan termasuklah sesuatu hospital penyakit berjangkit dan mana-mana tempat yang diisytiharkan oleh Menteri dalam Warta sebagai stesen kuarantin," kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan.
Tambah beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor telah melaksanakan aktiviti pencegahan serta kawalan termasuk saringan kesihatan di lapangan dan di fasiliti kesihatan bagi mereka yang berisiko.
"Pemantauan kesihatan secara harian dijalankan bagi mereka yang mempunyai gejala di samping memberikan pendidikan kesihatan kepada orang awam dan mereka yang terdedah," tambah Dr Noor Hisham.
Sebanyak 27 sampel telah diambil di kalangan kontak rapat termasuk anggota kesihatan yang berkaitan yang mempunyai gejala. Dari itu, 17 sampel telah disahkan negatif, manakala 10 sampel sedang menunggu keputusan.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kesihatan Negeri Johor
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Mers-Cov
#Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan