SHAH ALAM: Seorang penduduk di sini, Datuk Ahmad Mua'Adzam Shah Ya'akob memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan negeri dan Menteri Besar Selangor untuk merobohkan Stadium Shah Alam dan membina stadium berskala lebih kecil.
Ahmad Mua’Adzam, 48, selaku pemohon memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menerusi Tetuan Kamarudin & Partners dengan menamakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, Menteri Besar Selangor dan kerajaan Selangor sebagai respondan pertama hingga ketiga.
Dalam permohonan itu, Ahmad Mua'Adzam memohon satu perintah certiorari bagi membatalkan keputusan responden ketiga (kerajaan Selangor) bertarikh 16 Julai 2022 dan keputusan bertarikh 30 Sept 2022 yang dilaksanakan oleh responden kedua (Menteri Besar Selangor) untuk merobohkan Stadium Shah Alam dan membina stadium lebih kecil serta memajukan tanah sekitarnya.
Lelaki itu juga memohon perintah mandamus bahawa responden-responden mengikut peraturan-peraturan menurut Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 sebelum apa-apa keputusan dibuat terhadap stadium tersebut khususnya notis awam dengan menjemput mana-mana pihak berkepentingan terutama pemilik-pemilik tanah yang berhampiran memberi pengesahan sama ada membantah atau bersetuju dengan cadangan responden ketiga.
Selain itu, Ahmad Mua'Adzam Shah turut memohon suatu perintah larangan di bawah Aturan 53, Kaedah 2(1) KM 2012 diberikan supaya keputusan kerajaan Selangor digantung sementara sehingga permohonan itu diputuskan.
Sementara itu, peguam Kamarudin Ahmad yang mewakili Ahmad Mua'Adzam Shah, ketika dihubungi Bernama berkata permohonan itu difailkan di mahkamah tersebut kira-kira 11 pagi tadi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 13 2022
Ahmad Mua'Adzam menamakan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Shah Alam, Menteri Besar Selangor dan kerajaan Selangor sebagai respondan pertama hingga ketiga. - Gambar/ Wikipedia
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Penduduk fail permohonan cabar keputusan kerajaan negeri, MB Selangor roboh Stadium Shah Alam
Seorang penduduk memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan negeri dan Menteri Besar Selangor untuk merobohkan Stadium Shah Alam.