awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk gempar penemuan mayat terapung di jeti lama

Sinar Harian
Sinar Harian
12/02/2022
04:42 MYT
Penduduk gempar penemuan mayat terapung di jeti lama
Penduduk di Kampung Cherang Ruku, Pasir Puteh terkejut dengan penemuan mayat lelaki yang terapung di kawasan jeti lama Maritim Malaysia Kelantan pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Penduduk di Kampung Cherang Ruku di sini digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terapung di kawasan jeti lama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan pada Jumaat.
Mayat yang tidak mempunyai identiti itu ditemukan pada jam 10.25 pagi oleh seorang penduduk.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, sejurus menerima panggilan berhubung penemuan mayat itu pihaknya terus bergegas ke lokasi.
"Pemeriksaan luaran ke atas mayat mendapati tidak terdapat sebarang unsur jenayah," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Sabtu.
Beliau memberitahu, mayat tersebut kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh untuk pemeriksaan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
#Kampung Cherang Ruku
#Ediansha Endal
#kawasan jeti lama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan