Banjir yang melanda di sekitar Kampung Kemat di sini disifatkan penduduknya sebagai bencana banjir yang paling buruk dalam tempoh 62 tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Mohd Sahari Musa berkata 137 mangsa daripada 49 keluarga terjejas akibat limpahan air Sungai Kemat di kampung itu.
"Banjir tahun ini memang paling buruk dalam tempoh 62 tahun sebab biasanya paling ramai pun hanya 12 keluarga dan 38 mangsa yang terjejas tapi kali ini bilangan mangsa meningkat mendadak dan terpaksa dipindahkan.
Hujan lebat sejak Selasa dan petang semalam menyebabkan sungai mula melimpah dan kita mula memindahkan orang kampung yang terlibat dan pusat pemindahan terpaksa dibuka sejak 5 petang semalam," katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena tinjauan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari petang ini.
Mangsa Ramlah Ahmad, 53, berkata dia bersama dua anaknya terpaksa mengharungi air paras dada untuk berpindah apabila air mula memasuki rumahnya.
"Air masuk dalam rumah hingga paras paha, bila kakak keluar dari rumah ianya lebih dalam dan redah hingga paras dada.
"Selama 35 tahun kakak tinggal di sini, ini kali pertama kakak menghadapi banjir macam ini sebab rumah kakak terletak atas bukit dan memang tinggi dari kawasan rumah lain," katanya.
Seorang lagi mangsa Rohaizawati Isa, 35, berkata dia dan suami tidak sempat mengalihkan beberapa barangan dapur akibat air naik terlalu cepat.
"Kakak dan suami hanya memikirkan keselamatan anak-anak, kami bawa tiga anak ke pusat pemindahan dahulu...memang tak fikir pun pasal barang-barang sebab keselamatan anak-anak diutamakan dahulu," katanya.
Rohaizawati berkata beliau turut berterima kasih kepada Jailani yang datang melawat dan menghulurkan bantuan berupa tilam, selimut serta barangan makanan.
Pada tinjauan itu Jailani yang juga Anggota Parlimen Hulu Terengganu turut melawat beberapa kampung lain yang terjejas banjir iaitu Kampung Pengkalan Ajal, Kampung Menerong, Kampung Cheting serta Kampung Kua dengan menaiki bot serta bantuan lori Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Bernama
Thu Dec 18 2014
Seorang penduduk Kampung Tebak, Air Putih, Wan Yusof Wan Nawi, 50, membuang sampah yang tersangkut di pagar rumahnya yang dihanyutkan arus banjir di sini, hari ini. -- fotoBERNAMA
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Hujan berterusan empat hari di Kelantan, Terengganu bermula Isnin
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan daerah Hulu Perak di Perak turut mengalami keadaan sama.
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.