Penduduk Kampung Limau Kasturi diingatkan segera berpindah, paras Sungai Galas meningkat

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia membantu memindahkan penduduk ke PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi berikutan kediaman mereka dilanda banjir, Gua Musang, 26 Nov 2025. --fotoBERNAMA
GUA MUSANG: Penduduk Kampung Limau Kasturi, di sini yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran dengan sungai dinasihatkan supaya berpindah lebih awal berikutan paras Sungai Galas menunjukkan trend menaik dan kini berada pada tahap amaran.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata proses pemindahan awal itu akan mendapat kerjasama daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta sukarelawan.
"Penduduk yang terlibat telah diberi penerangan secara lisan oleh anggota keselamatan di kampung berkenaan dan dinasihatkan supaya berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi, bagi mengelakkan risiko banjir," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Sik berkata ada anggota yang terpaksa memujuk dan menasihati beberapa penduduk yang enggan berpindah kerana keutamaan polis ialah keselamatan penduduk.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

