BUKIT MERTAJAM: Puluhan rumah di Machang Bubok di sini mengalami banjir kilat selepas hujan lebat lebih dua jam yang melanda kawasan berkenaan sejak 5 petang semalam.
Kejadian banjir kilat itu turut menyebabkan penduduk di Kampung Tok Musa, Taman Seri Janggus, Taman Impian, Bukit Teh dan Taman Sejahtera di Machang Bubok terpaksa berbuka puasa dalam keadaan rumah yang digenangi air banjir sedalam 0.2 hingga 1 meter.
Seorang penduduk Surihani Abdul Ghani, 32, berkata beliau dihubungi ibunya memaklumkan rumah mereka dimasuki air banjir selepas hujan lebat di kawasan rumah mereka sebelum dia menghubungi adik lelakinya yang tinggal di kawasan sama bagi membantu ibu mereka.
"Waktu itu saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari Perai kerana baru selesai kerja dan mak bagitahu hujan lebat serta air telah mula masuk ke dalam rumah dengan cepat...saya pesan kat ibu selamatkan diri dulu.
"Nasib baik tindakan pantas adik berjaya menyelamatkan beberapa barangan elektrik dan kelengkapan untuk sambutan perayaan Aidilfitri termasuk pakaian baru dibeli, paling penting mak dan dua anak perempuan saya berusia dua serta empat tahun juga selamat," katanya ketika dihubungi malam tadi.
Surihani berkata semasa kejadian, suaminya tiada di rumah kerana bekerja sebagai pemandu treler dan banjir kilat itu berlaku dengan pantas malah arus airnya juga deras serta berbahaya kepada warga emas dan kanak-kanak.
"Kami terpaksa berbuka puasa dalam air banjir kerana mak sempat masak sebelum hujan lebat lagipun memang tak fikir nak keluar pergi ke kedai," katanya.
Seorang lagi mangsa banjir, Syukran Hashim, 52, berkata kejadian banjir kilat itu berlaku sangat pantas iaitu kira-kira sejam selepas hujan lebat dan air mula memasuki rumahnya dalam tempoh lima minit sahaja serta hanya sempat menyelamatkan barangan elektrik di bahagian dapur.
Katanya, air banjir mula masuk ke rumahnya melalui ruang dapur dan ketika itu isterinya sedang memasak juadah berbuka manakala dia dan dua cucunya (lelaki dan perempuan) sedang menonton televisyen di ruang tamu.
"Tak sangka hujan kali ini akan menyebabkan banjir kilat di rumah saya kerana rumah berada di kawasan agak tinggi, tapi kali ini air naik sangat cepat...kali ini juga kami 'berpengalaman' berbuka dalam banjir di rumah," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Shafee Abd Samad ketika dihubungi Bernama berkata banjir kilat di kawasan Machang Bubok mula surut sejak pukul 9 malam dan setakat ini tiada mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir.
Beliau berkata bagaimanapun polis dan pihak berkuasa lain memantau kawasan berkenaan dan akan mengambil langkah segera jika hujan lebat semula malam tadi.
Sementara itu, di Kepala Batas dan Sungai Dua dekat sini, puluhan khemah peniaga bazar Ramadan di dua kawasan tersebut rosak teruk selepas hujan lebat dan ribut kira-kira pukul 5.30 petang semalam.
Seorang peniaga di Bazar Ramadan Bertam Putra, Kepala Batas, Khairol Azelan Abdul Rashid, 25, berkata beliau sedang menyediakan roti john sebelum tiba-tiba hujan lebat disusuli dengan ribut yang turut merosakkan khemah-khemah peniaga di situ.
"Masing-masing (peniaga) ketika itu hanya fikir untuk menyelamatkan diri kerana angin sangat kuat dan hujan juga lebat dan boleh dikatakan bukan sahaja khemah diterbangkan ribut malah barangan jualan seperti makanan dan minuman juga rosak.
"Kerugian mungkin ribuan ringgit kerana banyak juga peralatan untuk berniaga rosak, nak buat macam mana benda dah jadi," katanya yang sedih dengan kejadian tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 05 2021
Penduduk Kampung Tok Musa, Taman Seri Janggus, Taman Impian, Bukit Teh dan Taman Sejahtera di Machang Bubok terpaksa berbuka puasa dalam keadaan rumah yang digenangi air banjir sedalam 0.2 hingga 1 meter. - Facebook Muafakat Machang Bubok
Madinah jadi saksi pertemuan keluarga dan anak
Selepas setahun tidak bertemu, seorang anak, pelajar Malaysia di Universiti Islam Madinah bersyukur dapat membawa sendiri ibu bapanya, yang juga jemaah haji musim 1445H/2024M untuk ziarah luar di Madinah.
Tenaga Boleh Baharu: Pulau Borneo berpotensi besar jadi pembekal
Jelas Fadillah lagi, negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh diperbaharui (RE).
Aksi United serba tidak menjadi
AKSI Manchester United pada musim ini bagai serba tak kena apabila berdepan risiko gagal layak ke kejohanan Eropah buat kali kedua sejak musim 1989/90.
Bekalan Tenaga: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan
Fadillah menjelaskan kerjasama dengan negara-negara dalam rantau ASEAN juga akan diperluaskan bagi sektor bekalan tenaga.
[TERKINI] PETRA terus komited semarakkan ekonomi berasaskan hidrogen
Menurut Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof, komitmen itu adalah cerminan aspirasi untuk mencapai penyahkarbonan global yang disifatkan sebagai perkara penting menerusi
perintis penyelesaian tenaga.
perintis penyelesaian tenaga.
Google Wallet henti sokong OS lama, perlu sekurang-kurangnya Android 9
Keperluan sistem operasi minimum ini akan berkuat kuasa mulai 10 Jun 2024.
Dua rakan didakwa edar 21kg heroin
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai 3 Mei lalu.
Tenaga boleh baharu: Kerjasama dengan rantau ASEAN akan diperluaskan - Fadillah
Negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak dilihat berpotensi besar untuk menjadi pembekal tenaga boleh baharu (RE), jelas Fadillah.
“Laporan kasino di Forest City fitnah liar, keterlaluan”- MB Johor
Dakwaan itu ulangi persepsi negatif menggagalkan pembangunan Forest City yang pernah dilakukan pihak tertentu pada 2018, tegas Onn Hafiz.
Belian baharu tingkatkan Bursa Malaysia
Pada 9.05 pagi, FBM KLCI naik 2.28 mata kepada 1,602.95 daripada 1,600.67 pada Jumaat lepas.
Ramadan: Laungan azan bergema di Anfield
Majlis berbuka puasa Share Ramadan anjuran pasukan Liverpool FC menerima kunjungan hampir 2,800 komuniti muslim yang menduduki bumi Anfield.
Khatam al-Quran setiap tahun ketika Ramadan
Muhammad Khairul Azizan mengakui ada kekangan yang dihadapi namun itu tidak menjadi alasan meneruskan hasrat berkenaan.
Ramadan Kampung Era raikan golongan tidak berkemampuan.
Kira-kira 30 individu menerima sumbangan khas berupa baucar untuk membeli keperluan harian raikan Syawal sumbangan daripada pihak pengurusan Era dalam Majlis Ramadan Kampung Era.
Salah, Konate berbuka puasa tepi padang raih perhatian penonton
Pengadil membenarkan permainan dihentikan seketika semasa kemenangan Liverpool ke atas Sheffield United untuk pemain berbuka puasa.
Ops Pantau: KPDN kesan 164 kes dengan nilai kompaun lebih RM500,000
Ops Pantau telah dilaksanakan untuk memantau pematuhan aktiviti perniagaan sepanjang bulan Ramadan dan menjelang Syawal.
Berbahagi kebahagiaan dengan mereka yang memerlukan
Yayasan Ikhlas telah mengadakan Lawatan ke Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan demi memberikan hiburan dan keceriaan kepada 30 anak OKU.
Agong seru umat Islam hayati pengajaran bermakna ayat Al-Quran
Seri Paduka Baginda bertitah ini kerana kestabilan dan keharmonian yang sedia terjalin akan musnah sekiranya umat Islam gagal memelihara nilai-nilai yang dibawa oleh agama.
Cara Selangor FC tempuhi Ramadan dalam persiapan hadapi Liga-M 2024/2025
Persediaan yang tidak ideal boleh menjejaskan tahap kecergasan pemain.
Tarikh lihat anak bulan Syawal pada 9 April
Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.