BENTONG: Banjir kilat di Janda Baik yang berlaku sekali lagi awal pagi semalam, memberikan kesan besar kepada sektor ekopelancongan dan pengusaha inap desa serta resort sekitar kawasan itu.
Ia sekali gus berpotensi merencatkan aktiviti pelancongan dalam kalangan pengunjung di kawasan yang terletak di Banjaran Titiwangsa itu.
Pengerusi Sahabat Alam Tampik Janda Baik, Rohaimi Anuar berkata, kawasan Janda Baik menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara yang gemarkan ketenangan dan kedamaian hutan tropika.
“Kawasan seperti Kampung Pulau Santap yang mempunyai persekitaran yang cantik dan nyaman, musnah sekali lagi setelah berlaku banjir pada Disember lalu.
“Sebelum ini, operator inap desa dan aktiviti lasak di sini sudah membersihkan segala kekotoran yang dibawa arus deras air Sungai Santap.
"Masing-masing berharap untuk meneruskan perniagaan tetapi kini banjir berlaku sekali lagi,” katanya.
BACA: Pejabat Daerah rancang strategi tangani banjir di Janda Baik
Rohaimi berkata, banjir kilat dipercayai berpunca pembangunan berdekatan dan berharap kerajaan mengambil langkah drastik untuk mencegah daripada kejadian berulang dengan lebih buruk pada masa depan.
"Diharap pihak kerajaan terus merangka pelan pembangunan yang lebih mampan, dan seeloknya, mengawal penerokaan kawasan tertentu untuk pembangunan," katanya.
Seorang penduduk yang juga pengusaha inap desa, Mohd Rozaha Mohd Noor berkata, kejadian banjir pada Disember menelan belanja yang besar untuk membaik pulih dan membersih sekitar Kampung Pulau Santap.
"Banjir sekali lagi jadi pagi semalam, membawa lumpur, pasir dan bertan-tan batu-bata yang masuk ke dalam premis serta berselerak di kawasan ini.
"Ia memerlukan jentera dan tenaga kerja untuk membersihkannya sebelum boleh beroperasi semula. Kami terpaksa batalkan tempahan pengunjung kerana proses pembersihan mengambil masa yang panjang,” katanya.
BACA: Resort milik Tiara di Janda Baik turut terjejas banjir kilat
Pengusaha sewaan sukan bermotor ATV, Mohd Zaimi Mustaffa, 43 tahun, berkata, dalam kejadian banjir yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi itu, 25 buah kenderaan sukan lasaknya dihanyutkan air deras.
“Baru nak berkira-kira akan beroperasi semula hujung minggu ini selepas sebulan berpuasa dan cuti hari raya tetapi 25 ATV dan motorcross telah dihanyutkan air.
“Saya anggarkan kerugian hampir RM200,000 termasuk peralatan alat ganti dan bengkel penyimpanan ATV yang turut rosak.
"Ini tidak termasuk kerugian yang saya alami pada banjir Disember lalu,” katanya ketika ditemui semalam.
BACA: Hujan terlampau lebat punca banjir kilat di Janda Baik - MB
Seorang penyelia resort, Fauziah Akib pula berkata, resort tempatnya bekerja telah terhenti operasi sejak banjir Disember lalu dan dalam proses membaik pulih yang menelan belanja yang sangat besar.
“Banyak bangunan di resort ini perlu dibaiki sebelum dibuka semula kerana dibimbangi membahayakan pengunjung. Kejadian banjir kali ini menyebabkan kerugian bertambah dan perlu menangguhkan dahulu pengoperasian semula.
"Kesan banjir kilat ini memungkinkan sektor ekopelancongan dan hospitaliti yang baharu sahaja pulih susulan pandemik, kembali merosot dengan kerugian yang perlu dihadapi pemain industri pelancongan,” katanya.
BACA: Banjir kilat: Kerajaan Pahang salur bantuan awal kepada 140 keluarga di Janda Baik
Seorang penduduk yang rumahnya turut terkesan, Dewi Melati Mohd Aroff, berharap pihak berkaitan tidak lagi membuka penempatan baharu di bahagian sensitif bagi mencegah kejadian banjir berlaku lagi.
“Penduduk di sini sedih, terpaksa menanggung kerugian dan kesukaran setiap kali berlaku banjir kilat dan perlu membersihkan rumah yang dimasuki lumpur dan sampah sarap yang dibawa air deras.
“Selain itu, pengusaha rumah inap desa sudah tidak aman dan sering berjaga-jaga setiap kali hujan lebat berlaku. Sewajarnya pihak tertentu mengambil inisiatif melakukan perancangan pencegahan banjir kilat,” katanya.
Astro Awani
Thu May 12 2022
Kejadian banjir pada Disember menelan belanja yang besar untuk membaik pulih dan membersih sekitar Kampung Pulau Santap. - Foto Astro AWANI
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Penduduk, pengusaha pelancongan rayu langkah drastik elak banjir Janda Baik berulang
Kerajaan diharap ambil langkah drastik untuk mencegah kejadian berulang dan bertambah buruk di masa depan.