awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Taman Dengkil Jaya gempar kemunculan buaya

Sinar Harian
Sinar Harian
06/12/2021
22:15 MYT
Penduduk Taman Dengkil Jaya gempar kemunculan buaya
Seekor buaya sebesar lebih dua meter muncul di sebuah tasik berhampiran Taman Dengkil Jaya dipercayai sesat dari sungai berhampiran. - Foto Sinar Harian
SEPANG: Penduduk di Taman Dengkil Jaya, di sini terkejut dengan kemunculan seekor buaya sebesar lebih 2 meter dalam sebuah tasik berhampiran kawasan tersebut pada Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.29 malam.
Menurutnya, seramai sembilan orang anggota berlainan pangkat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya bergegas ke kawasan yang dilaporkan dan tiba di lokasi pada jam 8.43 malam.
"Pemeriksaan telah dilakukan dan mendapati seekor buaya bersaiz tujuh kaki berada dalam tasik dipercayai tersesat dari sungai berhampiran.
"Pihak bomba tidak menangkap buaya tersebut, sebaliknya memasang sawar-sawar dan menampal tanda amaran tentang kewujudan buaya dalam tasik itu serta menasihati penduduk setempat supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti di dalam atau berhampiran tasik.
"Operasi seterusnya diserahkan kepada Pejabat Perhilitan Hulu Langat untuk tindakan lanjut," katanya menerusi satu kenyataan pada Isnin.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#buaya
#sesat
#Taman Dengkil Jaya
#Sungai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan