BAYAN LEPAS: Kerajaan negeri digesa membatalkan perancangan membina asrama pekerja asing di Teluk Kumbar yang hanya akan memberi kesan negatif kepada kehidupan masyarakat tempatan.
Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Bantahan yang juga Pengerusi Kariah Masjid Teluk Kumbar, Dr Muhammad Idris Salleh berkata, meskipun beberapa siri bantahan telah dibuat sebelum ini, namun suara penduduk tempatan seolah tidak dipedulikan sehingga projek terbabit mendapat kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri.
Menurutnya, faktor sosial, keselamatan, kesihatan, peningkatan kadar jenayah yang sukar dikawal serta banyak lagi impak negatif akan berlaku sekiranya projek terbabit diteruskan.
"Kami telah menyatakan bantahan mengenai perancangan pembangunan projek ini sejak beberapa tahun lalu, namun apa yang dikesalkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini dimaklumkan kebenaran merancang telah diberi.
"Jurang perbezaan budaya yang terlalu luas membawa kesan negatif kepada masyarakat setempat, masalah menjadi lebih ketara apabila mereka dalam jumlah yang besar bercampur dengan masyarakat setempat malah selepas asrama itu siap dibina.
"Bayangkan jumlah pekerja asing yang akan ditempatkan di situ dianggarkan 32,000 orang hampir dua kali ganda penduduk Teluk Kumbar dan Sungai Batu," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan bantahan bersama lebih 1,000 penduduk Teluk Kumbar, di sini, pada Sabtu.
Turut hadir dalam bantahan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang, Datuk Dr Dominic Lau, Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Shah.
Dalam perhimpunan itu, Muhammad Idris turut menyampaikan resolusi yang dibuat oleh penduduk untuk disampaikan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya campur tangan dalam perkara ini.
Sementara itu, Muhammad Idris berkata, kerajaan negeri sepatutnya menumpu pelaburan kepada industri maju terkini yang lebih menumpukan penggunaan kaedah digital sesuai dengan perkembangan teknologi maklumat (IT) implementasi pengeluaran oleh robot dengan kawalan kecerdasan buatan (AI).
Katanya, pelaburan dalam industri dengan menggunakan tenaga manusia adalah terlalu ketinggalan zaman dari segi kualiti yang mana industri di seluruh dunia telah menuju ke arah automasi.
"Jika kerajaan negeri tetap membawa pelaburan industri kuno berteraskan pekerja, asrama pekerja asing patut dibina di kawasan lain dan bukannya di sini," tegasnya.
Sebelum ini media melaporkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang belum memuktamadkan perancangan membina asrama pekerja asing di Teluk Kumbar.
Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, Jason H’ng Mooi Lye berkata, permohonan kebenaran merancang (PKM) yang dikemukakan pemaju Tetuan Chong pada 27 Jun lalu masih dalam pertimbangan, biarpun projek itu mendapat kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri.
Beliau berkata, penilaian terperinci merangkumi pelbagai aspek perlu dilakukan, termasuk reka bentuk dan susun atur sebelum kelulusan diberikan untuk memulakan pembinaan.
Pada Sidang Dewan Undangan Negeri 27 November lalu, Mooi Lye memaklumkan anggaran 32,680 pekerja asing akan ditempatkan di Teluk Kumbar berdasarkan kelulusan yang diperakukan Jawatankuasa Perancang Negeri.
Ia membabitkan pembinaan sebuah blok bangunan asrama pekerja setinggi 27 tingkat, terdiri daripada ruang kedai enam unit di aras satu, kemudahan rekreasi di aras satu dan dua serta 512 unit asrama. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Dec 30 2023
Lebih 1,000 penduduk Teluk Kumbar mengadakan bantahan bagi menggesa kerajaan negeri membatalkan rancangan membina asrama pekerja asing di Teluk Kumbar. -Foto Sinar Harian
Che'gubard direman dua hari
Che'gubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City.
Buletin AWANI Khas: Mesyuarat khas WEF di Arab Saudi, PM Anwar & Pemimpin dunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucapan dalam Sidang Plenari Pembukaan Mesyuarat Khas World Economic Forum (WEF) di Arab Saudi. Ikuti analisis menyeluruh bersama Penganalisis Ekonomi, Fithra Faisal Hastiadi; Ketua Pengarang Astro AWANI, @AshwadIsmail; dan Pengarang Niaga AWANI, @NajibAroff #BuletinAWANIKhas
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 berkuat kuasa 1 Jun
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini.
AWANI Ringkas: BERSATU serah tujuh notis kosongkan kerusi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KOLUMNIS] PRK Kuala Kubu Baharu: Pertandingan untuk tawan atau tahan
PRK DUN KKB menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PH, PN, PRK, PRM dan calon Bebas.
Sultan Selangor ingatkan jemaah haji persiapkan diri sebaiknya
Sultan Selangor menasihatkan bakal jemaah haji untuk mempersiapkan diri sebaik-baiknya, bagi melaksanakan Rukun Islam kelima.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
Penduduk bantah pembinaan asrama tempatkan 7,000 pekerja asing
Muhammad Idiris berkata, projek yang dicadang dibina di lot 1859, 1860 dan 1865 berhampiran Bandar Baru Perda itu telah mendapat kebenaran.
Penduduk terus bantah bina asrama pekerja asing di Teluk Kumbar
Antara peserta perhimpunan yang hadir bagi membantah pembinaan asrama pekerja asing di Teluk Kumbar, pada Sabtu.
Mayat warga Nepal ditemui dengan kesan kelar di pergelangan tangan
Polis turut menemui sebilah pisau pada jarak kira-kira tiga meter dari mayatnya.
Wanita warga Nepal ditahan sembunyikan mayat bayi
Polis menemui mayat bayi lelaki cukup sifat yang masih bertali pusat di dalam plastik hitam di atas katil asrama berkenaan.
Polis tingkat pemantauan asrama pekerja asing dikuarantin
Polis meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di kawasan asrama pekerja asing bagi memastikan mereka tidak melanggar arahan kuarantin.