Identiti pekerja kontrak yang menjumpai cebisan tulang Anna Jenkins, wanita Australia yang hilang di negeri ini tiga tahun lepas, dirahsiakan bagi melindungi lelaki itu.
Menjelaskan perkara itu kepada wakil media hari ini, peguam yang mewakili keluarga Jenkins, S. Raveentharan berkata ini kerana rakyat Malaysia berusia 30 tahun berkenaan juga merupakan saksi kes berkenaan.
"Kami tidak mahu dia berdepan sebarang gangguan daripada pihak ketiga atau ditimpa kejadian yang tidak diingini. Keluarga (Jenkins) sangat berterima kasih kepadanya," kata peguam itu.
Saksi itu hadir di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Kebun Bunga Jason Ong Khan Lee pagi tadi untuk menerima ganjaran wang yang diserahkan oleh Ong bagi pihak keluarga Jenkins atas penemuan cebisan tulang serta barangan milik wanita tersebut di sebuah tapak pembinaan bersebelahan Turf Club di Jalan Batu Gantung, iaitu tempat lelaki berkenaan bekerja pada 24 Jun lepas.
BACA: Penemuan tulang manusia, longgokan pakaian dipercayai ada kaitan kehilangan Anna Jenkins
"Kami telah serahkan ganjaran kepada pemberi maklumat yang menjumpai cebisan tulang Anna Jenkins, seperti yang diamanahkan. Kami diminta oleh keluarga Greg (anak Anna) untuk tidak mendedahkan jumlah ganjaran. Mereka telah penuhi janji mereka," kata peguam itu.
Raveentharan berkata bahawa saksi itu turut membuat penyelidikan sendiri di dalam kontenanya di tapak tersebut dan menghubungi keluarga Jenkins selepas memaklumkan polis akan penemuannya.
Lelaki itu berjaya menghubungi keluarga Jenkins melalui nombor pada kain rentang serta poster berhubung kehilangan wanita tersebut di kawasan berkenaan.
"Langkah seterusnya ialah mencari punca kematian, bagaimana beliau meninggal dunia kerana hanya sebahagian tulang sahaja ditemukan, bukan seluruh tubuh. Banyak persoalan tidak terjawab, sama ada mayatnya dibuang di sana ... kita serahkan kepada polis untuk menyiasat," kata Raveentharan.
Pada 11 Ogos lalu, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas tulang pinggul yang ditemukan di kawasan semak berhampiran Jalan Batu Gantung di sini pada Jun lepas didapati sepadan dengan DNA Anna Jenkins
Pada 13 Dis 2017, Jenkins, 65, dikatakan meninggalkan bilik hotelnya untuk ke klinik gigi di Pulau Tikus dan meminta pekerja hotel memesan perkhidmatan e-hailing bagi membawanya ke sebuah rumah kebajikan di Batu Lancang selepas selesai rawatan.
Wanita itu kemudian meminta pemandu menurunkannya berdekatan lampu isyarat di Jalan Scotland dan demi keselamatan, pemandu menurunkan mangsa berhampiran sebuah sekolah. Beliau dilaporkan hilang sejak itu dan laporan kehilangannya dibuat oleh suaminya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 19 2020
Identiti pekerja kontrak yang menjumpai cebisan tulang Anna Jenkins, wanita Australia yang hilang di negeri ini tiga tahun lepas, dirahsiakan bagi melindungi lelaki itu.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Polis tunggu tarikh inkues kematian wanita warga Australia
Kertas siasatan kes berkenaan telahpun diserahkan kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) untuk tindakan selanjutnya.
Penemuan Anna Jenkins: Identiti pekerja kontrak dirahsiakan untuk keselamatan
Identiti pekerja kontrak yang menjumpai cebisan tulang Anna Jenkins, wanita Australia yang hilang di negeri ini tiga tahun lepas, dirahsiakan bagi melindungi lelaki itu.
Penemuan tulang manusia, longgokan pakaian dipercayai ada kaitan kehilangan Anna Jenkins
Penemuan tulang manusia dan longgokan pakaian di kawasan hutan dipercayai mempunyai kaitan dengan misteri kehilangan seorang warga Australia.