awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penemuan bom di kereta Siti Kasim jenayah serius - KPN

Sinar Harian
Sinar Harian
24/07/2023
07:40 MYT
Penemuan bom di kereta Siti Kasim jenayah serius - KPN
Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek melalui cap jari dan bukti lain yang berkaitan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis masih mengesan suspek yang meletakkan bom jenis Improvised Explosive Device (IED) di bahagian tayar kereta milik peguam, Siti Kasim.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek melalui cap jari dan bukti lain yang berkaitan.
"Penemuan objek bom itu adalah satu jenayah serius dan ancaman terbabit umpama cubaan membunuh.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Razarudin berkata, polis mengambil tindakan agresif dalam siasatan dan tidak akan membiarkan individu tidak bertanggungjawab melakukan jenayah sedemikian.
"Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan yang boleh mengganggu siasatan," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor mengesahkan dua objek ditemui di bahagian bawah kereta Siti Kasim atau nama sebenar Siti Zabedah Kassim adalah IED
Beliau dilaporkan berkata, ia berdasarkan siasatan dilakukan pihak Unit Pemusnah Bom (UPB).
Pada Jumaat lalu, Siti Kasim dalam siaran langsung Facebook mendakwa keretanya diletakkan objek menyerupai bom.
Siti Kasim berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis pada jam 12 tengah hari. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Siti Kasim
#bom
#Ketua Polis Negara
#perkembangan siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan