PUTRAJAYA: Video yang tular di media sosial berkaitan penemuan cacing "Helikopter" atau "Helicobacter" pada buah pisang di Malaysia adalah tidak benar serta mengandungi informasi yang tidak sahih dan diragui, menurut Jabatan Pertanian.
Ketua Pengarah Pertanian Datuk Zahimi Hassan berkata Helicobacter merupakan sejenis bakteria dan bukan daripada kumpulan serangga atau ulat serangga seperti yang ditularkan.
Jelas Zahimi, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan atau laporan mengenai serangan cacing berkenaan pada tanaman pisang di negara ini.
"Pengguna tidak perlu bimbang dan ragu-ragu memandangkan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui Jabatan Pertanian dengan kerjasama agensi berkaitan sentiasa memastikan hasil dan produk-produk pertanian daripada sumber dalam dan luar negara adalah selamat untuk dimakan.
"Ia turut dipastikan bebas daripada perosak dan penyakit yang mendatangkan kemudaratan kepada pengguna dan alam sekitar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata berdasarkan kenyataan daripada Abu Dhabi Agriculture and Food Safety Authority melalui ciapan di Twitter bertarikh 1 Nov lepas, video yang tular didapati berasal daripada sumber yang tidak sahih dan adalah di luar kebiasaan untuk cacing melengkapkan kitaran hidupnya di dalam buah pisang sehingga saiz yang ditunjukkan di dalam video tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021

Zahimi berkata Helicobacter merupakan sejenis bakteria dan bukan daripada kumpulan serangga atau ulat serangga seperti yang ditularkan. - Gambar/ Sinar Harian/ Video tular
AWANI Ringkas: Kekejaman Zionis: Enam petugas bantuan maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Adam Adli saran perwakilan Kongres AMK ketengah usul beri manfaat kepada parti, kerajaan
Adam Adli mengingatkan perwakilan Kongres Nasional AMK supaya mengetengahkan usul yang boleh memberi manfaat kepada parti dan kerajaan.

Komen lucah terhadap anak Dr Amalina, pemungut sawit didenda RM3,000
Ahmad Nasir Kadiri didenda RM3,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah membuat komen lucah terhadap bayi Dr Amalina Che Bakri melalui Facebook pada Disember 2022.
Dua maut, lapan cedera pesawat kecil terhempas di San Diego
Pasukan kecemasan tiba di lokasi kejadian kira-kira 4 pagi sejurus menerima panggilan kecemasan.
Banjir Australia ragut 4 nyawa
Banjir besar akibat hujan lebat selama tiga hari di tenggara Australia mengorbankan empat nyawa, memutuskan hubungan beberapa bandar dan memerangkap puluhan ribu penduduk.
5 pemain negara lawan Man Utd di Bukit Jalil
Lima pemain kebangsaan dipilih wakili ASEAN All-Stars menentang Manchester United pada Maybank Challenge Cup di Bukit Jalil, dalam aksi epik bola sepak serantau 28 Mei ini.

Mengaku gugur kandungan, barista dipenjara sembilan bulan
Seorang barista dipenjara sembilan bulan atas kesalahan menghalang kandungannya yang berusia lima bulan dilahirkan dengan menggugurkannya.
Pejabat Rafizi tak pernah kosong
Najib Bakar menafikan dakwaan Rafizi Ramli mahu meletak jawatan, menjelaskan pejabat hanya dikemaskan untuk sambutan Aidilfitri dan tidak pernah dikosongkan sepanjang cuti menteri itu.
Najib failkan permohonan dakwa Terrirudin hina mahkamah
Najib Razak memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding hina mahkamah terhadap bekas Peguam Negara, Ahmad Terrirudin, berkaitan isu pelaksanaan Titah Adendum oleh Agong ke-16.
Malaysia sasar 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik menjelang 2025
Malaysia komited jadi hab EV serantau dengan sasaran 10,000 stesen pengecas menjelang 2025,

Penduduk bimbang gajah liar ceroboh tanaman
Haiwan berkenaan dikesan memasuki kawasan kebun sejak minggu lalu dan merosakkan tanaman kelapa sawit dan pisang.

Bungkus tubuh dengan plastik semasa makan pisang dalam tren untuk elak COVID-19
Wanita itu menggunakan helah bijak untuk melakukannya dan mematuhi peraturan ketat COVID-19 di negara itu.

Penemuan cacing 'helikopter' pada pisang tidak benar - Jabatan Pertanian
Video yang tular di media sosial berkaitan penemuan cacing "Helikopter" atau "Helicobacter" pada buah pisang di Malaysia adalah tidak benar.

Wanita terkejut temui telur cicak dalam sisir pisang
Dia membeli pisang berkenaan di sebuah pasar raya dan tidak perasaan kewujudan telur-telur tersebut sehingga tiba ke rumah.

Bayi masuk 8 bulan? Ibu usah takut cuba menu baharu, nanti si manja bosan!
Penyediaan makanan bayi lapan bulan adalah cabaran untuk para ibu baharu. Mana tidaknya, ibu perlu bertindak kreatif bagi menghasilkan makanan selain puri yang perlu diberikan kepada si manja.

Redakan 'amukan' PMS dengan enam jenis makanan
Dianggarkan 85 peratus wanita mengalami sekurang-kurangnya satu daripada gejala PMS setiap bulan.

Penyelidikan klon pisang FGV bakal tampung 30 peratus permintaan negara
Pusat Inovasi FGV di Bandar Enstek, Negeri Sembilan telah menghasilkan pelbagai klon pisang sejak 2004, dengan pengeluaran bermula pada 2007.

Tanaman diserang gajah, pekebun rugi lebih RM10,000
Kejadian serangan itu telah berlarutan sejak seminggu yang lalu dan menyebabkan kira-kira 500 pokok pisang dan sebahagian pokok kelapa sawit miliknya rosak.

Pisang tanaman kedua paling luas selepas durian - FAMA
FAMA berkata keluasan tanaman pisang direkodkan seluas 34,894.06 hektar di seluruh negara.

Maut dilanggar selepas disyaki curi pisang
Lelaki berumur 25 tahun itu disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Triang, Bera pada pukul 3.00 pagi.