awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penemuan objek disyaki bom: Polis masih jalankan siasatan

Bernama
Bernama
08/01/2025
08:15 MYT
Penemuan objek disyaki bom: Polis masih jalankan siasatan
Taman-Taman Sabah memaklumkan penutupan sementara Substesen Pulau Sibuan susulan penemuan objek disyaki bom Perang Dunia Kedua. - Foto BERNAMA
SEMPORNA: Polis masih menjalankan siasatan berhubung penemuan objek disyaki bom di perairan Substesen Pulau Sibuan, Taman Marin Tun Sakaran di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol berkata Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia masih dalam tindakan pengesahan.
"Setakat ini objek itu masih disyaki, dalam tindakan pengesahan Unit Pemusanah Bom dan rujukan pihak Tentera Laut Diraja Malaysia untuk siasatan lanjut," katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.
Semalam, Taman-Taman Sabah memaklumkan penutupan sementara Substesen Pulau Sibuan susulan penemuan objek disyaki bom Perang Dunia Kedua.
Dalam pada itu, Anggota Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu pihak berkuasa bertindak pantas dalam menangani perkara berkenaan bagi keselamatan semua pihak.
"Selain itu, saya meminta Taman-Taman Sabah dan agensi lain yang terlibat untuk memberikan garis masa yang jelas dan telus kepada orang awam mengenai bila pulau berkenaan boleh dibuka semula. Langkah ini akan memberikan keyakinan kepada pelancong dan pihak perniagaan.
"Pulau Sibuan menjadi destinasi terkenal untuk pelancong dan penyelam, dan ketika negara bersiap sedia bagi Tahun Melawat Malaysia 2026, kita tidak mampu kehilangan pengunjung akibat penutupan yang berpanjangan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#objek disyaki bom
#polis Semporna
#Unit Pemusnah Bom
#bom perang dunia kedua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan