Skip to main content

Malaysia

Penerbangan AirAsia ke Cochin berpatah balik berikutan masalah teknikal

71434950184_AirAsiaGeneric.jpg
Pesawat AirAsia penerbangan AK37 menuju ke Cochin, India, dari Kuala Lumpur hari ini terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbangsa Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) berikutan masalah teknikal, menurut kenyataan AirAsia di sini.

Kenyataan itu menyebut penerbangan itu yang berlepas ke India pada 6.25 pagi, mendarat dengan selamat di klia2, selepas dua jam penerbangan.

Tanpa mengulas lanjut, AirAsia berkata penerbangan itu dijadualkan semula untuk berlepas pada 3.45 petang ini.

"Semua penumpang diurus dengan baik oleh AirAsia. Kami dengan ikhlas memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement