awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penerbangan Firefly alami masalah teknikal berpatah balik ke Pulau Pinang

Bernama
Bernama
24/10/2017
05:45 MYT
Penerbangan Firefly alami masalah teknikal berpatah balik ke Pulau Pinang
Sebagai langkah berjaga-jaga, pesawat Firefly itu telah mendarat dengan selamat pada kira-kira 10.20 pagi ini. - Gambar hiasan
Penerbangan Firefly yang sedang dalam perjalanan ke Subang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang terpaksa berpatah balik di pertengahan jalan pagi ini berikutan masalah teknikal.
Difahamkan pesawat itu mengalami masalah teknikal semasa berada di udara dan membuat pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Ignatius Ong berkata Penerbangan FY2087 dari Pulau Pinang ke Subang pada 10 pagi melaporkan mengalami masalah teknikal sebaik sahaja berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, pesawat itu telah mendarat dengan selamat pada kira-kira 10.20 pagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata kesemua 45 penumpang dan empat anak kapal selamat dan akan dimaklumkan mengenai penerbangan berikutnya dalam waktu terdekat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Firefly
#Ignatius Ong
#Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang
#masalah teknikal
#patah balik
#Subang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan